Memaparkan catatan dengan label Noor 'Aliya Suhaila Binti Husin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Noor 'Aliya Suhaila Binti Husin. Papar semua catatan

Jumaat, 27 Mei 2016

PUISI: BISIKAN ALAM LAUT

Manusia,
Hati ini,
Jiwa ini;
Perasaan ini,
Sepi terhadap sifatmu.

Manusia,
Walaupun aku ciptaan yang tidak bernyawa,
Aku masih mempunyai perasaan;
Didadaku kau mencari rezeki jasad,
Didadaku kau mengotori dengan  gelagat mu manusia.

Manusia,
Apakah ini balasan mu,
Mencemari tubuhku dengan  sisa-sisa pencemaran;
Membunuh segala ciptaan hidup yang menumpang di jasadku,
Bangkitlah manusia sedarlah.

Manusia,
Inilah nyawaku terakhir,
Aku dicemari dan tidak lagi dikunjungi,
Aku terus dibiarkan,
Dibiarkan tanpa dipandang oleh Manusia lain.


Manusia,
Hargailah aku,
Jagalah aku;
Janganlah biarkan aku dicemari,
Kerana aku akan berkekalan dan berbakti sampai ke cucu cicitmu.

Manusia,
Inilah nafkah diriku,
Supaya aku tidak menjadi seperti sahabatku yang lain;
Peliharalah aku,
Kerana aku ingin terus berbakti kepadamu manusia.


PANTUN: ILMU PENYULUH HIDUP

Bunga kemboja menjadi pilihan,
Untuk diberi kepada sahabat;
Ilmu dipuja dijadikan amalan,
Untuk dihayati sepanjang hayat.

Daun selasih buah bidara,
Intan dicari di taman bunga;
Hidup berkasih budi bicara,
Hidup berilmu sampai ke Syurga.

Buah ciku beli di kedai,
Untuk dihidang keluarga Pak Usup;
Ilmu itu sangat bernilai,
Kerana ilmu penyuluh hidup.

Tinggi-tinggi sayangku padanya,
Tinggi lagi cintaku pada Tuhan;
Belajarlah tinggi tiada gunanya,
Kalau ia tidak dimanfaatkan.

Burung layang- layang terbang selari,
Hinggap seekor di Bandar Jawa;
Carilah ilmu seikhlas hati,
Kerana ilmu sangat berharga.

Rabu, 25 Mei 2016

KAU ISI BERHARGA




              Hujan turun dengan lebat membasahi bumi Pahang. Selepas selesai solat Isyak berjemaah, gelagat seorang budak perempuan menuju kearah dapur untuk mengisi perutnya sambil diperhatikan oleh ibunya. “Nurul Allisya Natrah Binti Ibrahim, mengaji al-Quran dulu baru boleh makan”, panggil Puan Rasiqah sambil melihat gelagat anaknya yang membawa pinggang nasi ke meja. “Alah mama, sekejaplah lapar ni, makan dulu lah baru mengaji’,balas Alliysa sambil mengambil lauk ikan gulai tempoyak di dalam mangkuk. “Kalau macam inilah perangai kau, sampai ke mati kau tidak dapat tamatkan bacaan al-Quran kau itu. Erghhh .. apa nak jadi dengan perangai kau seorang ini menjadi- jadi dibuatnya”,bebel Puan Rasiqah kepada Allisya. Allisya hanya mendiamkan diri dan terus makan tanpa menghiraukan bebelan mamanya itu. “Alah aku baru berumur 15 tahun, ok lah lagipun sedikit saja lagi bacaan itu”, desik hati kecil Allisya itu. Selesai makan, Allisya sudah lupa janjinya pada mamanya itu. Dia terus masuk ke biliknya untuk belajar. Namun, tiba-tiba telefonnya berbunyi. “Kringg.. Krringg….,” tanpa sempat angkat, telefon itu terus senyap. Allisya juga tidak menghiraukan bunyian telefonnya itu dan dia terus membuka buku untuk mengulang kaji mata pelajarannya. Beberapa saat kemudian, tiba- tiba telefonnya berbunyi untuk kali kedua. Namun bukan panggilan tapi hanya sekeping mesej. Allisya terus mencapai telefon lalu membacanya. “Hai awak, boleh kenal ?”, kata budak misteri tersebut. “Awak tu siapa yang gatal mahu berkenalan dengan saya ?? sorry la yea awak, saya tidak suka budak lelaki, saya suka perempuan.”, balas Allisya.  “Saya pun sama, saya suka budak perempuan saya tak suka budak lelaki. Awak dah ada boyfriend ?”, kata budak misteri itu. Allisya terkejut dan hairan apabila membaca mesej tersebut. “ Aik ! lelaki ke perempuan  budak gila ini???”, kata Allisya tanpa membalas mesej tersebut. Namun, budak misteri itu tak pernah berhenti menghantar mesej kepada Allisya dan macam- macam mesej yang dihantar. Allisya pula tidak menghiraukannya malah dia terus menyusun segala keperluan untuk ke sekolah dan selasai semuanya Allisya terus tidur dengan nyenyak tanpa menghiraukan bunyian telefon bimbitnya itu.
             “Morning guys”, jerit Allisya pagi itu didalam kelas sehingga mengejut kawannya yang lain. “Morning juga sya”, sapa kawan semejanya Sabrina atau panggilan manjanya Ina. “Morning Ina sayang”, balas Allisya dengan gelagat manjanya itu sambil membuat flyerkiss. “Morning sayang” tegur seorang lelaki yang bernama Hisyam dan ia juga merupakan kawan rapat kepada Allisya. Allisya hanya membalas senyum kepada Hisham itu dan terus berdiam. “Gila ke mamat ni, pagi- pagi bersayang- sayang”, kata Allisya  kepada Sabrina.  “Itu tandanya dia minat dekat kau la Allisya Natrah oii, kau tu tak layan dia, kesian dekat dia” kata Ina. Allisya hanya diam dan memerhati gelagat Hisham yang mejanya tidak jauh dari meja Hisham. “Ha.. kau pun minat dekat dia juga eh”,kata Ina yang telah mengejutkan Allisya yang sedang memerhatikan Hisyam dari jauh. “Eeee…. Aku high class la,  takkanlah aku boleh minat budak lelaki macam dia tu”, kata Allisya.  Sabrina terus ketawa dengan kata- kata Allisya. Sepanjang kelas pagi itu, Allisya hanya diam dan fokus kepada guru mengajarnya itu. Allisya sememangnya merupakan seorang pelajar yang pendiam apabila guru sedang mengajar di dalam kelas. Namun bila ketiadaan guru, dialah pelajar perempuan kuat bercakap dan suka bergosip. Bahkan, kebanyakkan semua suka berkawan dengan Allisya kerana dia seorang perempuan peramah. Tapi kadang- kadang ada juga yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan diri Allisya.
            “Ring… ring !!!!! “, loceng masa rehat berbunyi. Pelajar- pelajar akan berebut- rebut untuk membeli makanan. Allisya dan kawanya sabrina tidak turun ke kantin dan dia mengambil keputusan untuk menyiapkan kerja rumahnya. “Sya ! kau tak pergi makan ke atau kau malas nak turun. Kau nak makan apa, aku boleh tolong belikan untuk kau ?”, tegur Hisyam. Hisyam ini sememannya seorang yang suka menganggu ketenteraman Allisya dan dia juga seorang peminat kepada Allisya semenjak dari tingkatan 2 lagi. “Tak lah saya tak lapar”, jawab Allisya acuh tak acuh. “Eh ! aku tanya kau, acuh tak acuh je kau balas”, balas Hisyam dengan tiba- tiba muka menjadi separuh masak. “ Eh Mohd Hisyam bin Asyaari ! aku tak kacau  kau pun kan dan tiba- tiba kau mari tempat aku buat kecoh , apa masalah kau ?”, balas Allisya dengan nada geram sehingga semua pelajar yang lain tengok kearah mereka . Hisyam tidak berkata apa- apa, fikir Hisyam memang salah dia menegur Allisya  dan tiba- tiba bercakap kasar dengannya. Namun Hisyam ingin membalas kata- kata Allisya tapi takut nanti menjadi kes gaduh pula. Hisyam hanya berlalu pergi tanpa memandang sedikit pun muka Allisya sehingga ia hilang dari pandangan Allisya.  Allisya rasa serba salah dengan tingkah lakunya terhadap Hisyam walaupun bukan salahnya. 
            Selepas masa rehat berlalu, Hisyam langsung tidak menegur Allisya malah pandang pun tidak kepada Allisya. Ia membuat Allisya menjadi serba salah. Masa pulang  dari sekolah, selalunya Hisyam akan menunggu  Allisya untuk berjalan sama-sama tetapi kerana kejadian itu, Hisyam tidak menghiraukan Allisya lagi. “Aduh!,  mamat ini buat aku tekanan gila macam ini”, ucap Allisya sehingga di dengari oleh kawannya. “ Apa  Sya kau cakap? Kau cakap dengan aku ke ?”, Tanya Sabrina dalam kebingungan. “Takda lah “, jawabnya dengan selamber. Sejak hari itu, Hisyam tidak lagi menegur Allisya. Mereka tidak pernah bercakap lagi semenjak kejadian kecil itu.
         Peperiksaan PMR sudah pun bermula. Debaran kian merasa dan tidak menyangkakan Allisya dapat meja peperiksaan bersebelahan dengan Hisyam. Namun, Hisyam hanya menganggap dia  macam orang yang tidak dikenali dan sepanjang peperiksaan, Hisyam tidak pernah menegur Allisya. Tapi apabila Allisya menegur Hisyam hanya jelingan dibalas oleh Hisyam. Hari terakhir peperiksaan PMR, sebelum pulang Allisya sempat berjumpa dengan Hisyam dan meminta maaf pasal kejadian sebelum ini. Hisyam hanya senyum dan mengangguk sahaja tanpa bercakap sepatah kata kepada Allisya. Selepas dari peperiksaan itu, Allisya hanya menghabiskan masanya di rumah dengan menolong ayahnya di kedai runcit dan membaca buku- buku Novel atau komik di rumah. Allisya seorang penggemar membaca terutama Novel. Banyak koleksi- koleksi yang di kumpulnya seperti Damya Hanna , Fauziah Ashari, Aisya Sofea dan sebagainya. Pada Petang itu, semasa Allisya sedang membaca buku novel “Setia Menanti”, tiba- tiba dia terdengar jeritan dari arah jendela biliknya itu. Alangkah terkejutnya Allisya apabila melihat kejadian itu, mamanya sedang mengangkat adiknya yang terkena kaca di kaki. Darah yang keluar di kakinya itu tidak berhenti- henti. Mamanya terus membawa adiknya ke hospital yang dipandu oleh Kakaknya itu. Allisya terpaksa menunggu di rumah kerana terpaksa menjaga anak saudarnya itu. Kemalangan yang berlaku terhadap adiknya itu sangat mengerikan. Azan Maghrib sudah berkumandang, tapi mamanya itu masih belum pulang. Ayah sangat khuatir dan menyuruh Allisya telefon kepada mamanya kerana hari sudah malam. Semasa Allisya ingin mencapai telefon, tiba- tiba dia terdengar sebuah kereta yang ingin memasuki halaman rumahnya itu. Rupa- rupanya mamanya sudah balik dari hospital dan keadaan adiknya tidak teruk cuma  di jahit sebanyak  limabelas jahitan kerana luka itu terlalu dalam. “ Syukur semuanya selamat. Tidak parah dan teruk”, kata ayah Allisya dengan tiba- tiba yang khuatir dengan keadaan adiknya itu.
          Malam berganti malam dan siang berganti siang. Masa terus cepat berlalu, akhirnya keputusan PMR sudah di umumkan. Ramai pelajar- pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. “ Allisya, kau dapat berapa”, tegur kawannya Sabrina dari jauh. “ Eh Sabrina, jumpa juga kau akhirnya. Aku dapat sikit saja”, Balas Allisya dengan nada sayu. “ Sikit itu berapa bilang dong sama aku kita kongsi sih”, Balas Sabrina yang berlagak cakap bahasa Indonesia itu. “ Aku dapat …”, sebelum Allisya ingin menghabiskan ayatnya itu, Allisya melihat Hisyam lalu di hadapannya dan senyum. Apabila Allisya ingin memebalas senyuman itu, “Allisya berapa kau dapat?, kau tengah tengok siapa itu?’, tanya Sabrina yang turut juga melihat siapa yang sedang Allisya lihat itu. “ Ha! Aku dapat 3A 3B 2c je”, balas Allisya sambil meminta diri kerana ingin mengejar Hisyam tetapi ia sudah hilang dari pandangan Allisya. Pada malam itu, walaupun Allisya mendapat keputusan yang tidak cemerlang tetapi ia bersyukur kerana ianya lulus walau keputusannya tidak membanggakan kedua ibu bapanya. Tetapi  air matanya tetap berguguran apabila mamanya menbandingkan dirinya dengan orang lain. Bagi Allisya, ia sudah berusaha tapi hanya itu dia mampu. Walau bagaimanapun, dia mahu buktikan kepada ibu bapanya walaupun dia bodoh, dia akan memegang segulung Ijazah suatu hari nanti.            
          Dunia manusia apabila besar tidak akan pernah lari daripada masalah. Semakin dewasa semakin banyak masalah dunia dalam hidup seseorang. Semasa di tingkatan 4, Allisya telah memilih untuk tinggal di asrama. Di asmara segala peraturan telah disediakan oleh warden atau penyelia asrama. Tapi yang malang, hari pertama masuk asrama pun bergaduh kerana tersilap duduk di tempat orang lain. Allisya mengeluh kerana macam- macam ragam orang sekarang tumpang duduk di atas katil pun kena marah. Takut nanti cadar itu kotor atau berkedut. Hairan manusia sekarang. Tapi dalam keadaan begitu, Allisya sangat seronok  tinggal di asrama, dapat juga berkenalan dengan budak dari kelas lain.
           Petang itu, Allisya sedang termenung dalam bilik ruang belajar sambil menunggu makan malam jam 6.30, tiba- tiba ada seorang perempuan menegur Allisya. “Hai awak, duduk seorang ke? “, sapa perempuan itu. “A’ah, seorang saja”, balas Allisya. Allisya mempelawa budak itu duduk. Mereka memeperkenalkan diri masing- masing.  Budak itu memperkenalkan dirinya sebagai Najwa atau pangilan nickname wawa. Budak aliran Sains kejuteraan. Kami hanya berbual- bual kosong sambil- sambil bercerita tentang kos aliran masing- masing. Namun tidak menyangka, Allisya dapat mengenali ramai kawan, terutama sebaya dengannya. Semakin lama mereka kenal semakin rapat walaupun mereka berlainanan kelas.
           Pada malam itu, jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, semua penghuni asrama sibuk menyusun jadual dan mengemas kelengkapan ke sekolah esok. Dalam kesibukan persediaan ke sekolah, tiba- tiba kami yang tinggal di tinggal bawah terkejut apabila mendengar satu laungan yang datang dari tingkat atas. Kami yang tinggal di tingkat bawah ini bergegas berlari naik keatas kerana ingin mengetahui apa yang berlaku.  Alangkah terkejutnya seorang budak perempuan mengamuk sakan sambil memakan tuala wanita. kami yang melihat sungguh menjijikan  dan menakutkan. Beberapa budak telah memanggil warden dan ustaz untuk mengawal keadaan ini. Kami hanya tengok budak itu tanpa berbuat apa- apa kerana takut. Keadaan budak sungguh parah dengan cara perbuatannya dan matanya kedua- dua kelihatan merah. Apabila warden dan ustaz tiba, ustaz mengarahkan seorang pelajar untuk mengambil segelas air dan membaca ayat- ayat suci di dalam air itu lalu ustaz  telah merinjiskan air ke muka perempuan itu. Apabila perempuan itu dalam keadaan tenang, ustaz lalu menyuapkan air tersebut kepada perempuan itu. Apabila kembali tenang, Ustaz mengarahkan kami ke katil masing- masing dan tidur.
           Pagi itu, semasa Allisya ingin ke kelas dia terserempak dengan Hisyam.  Hatinya sungguh gemuruh dan berdebar apabila melihat Hisyam. “hai Sya, kau dapat kelas aliran apa?”, sapa Hisyam.” Ee.. s… sas.. sastera, kau p..puu..la??”, kata Allisya dengan tiba- tiba perasaanya gementar. “Aku kelas seni halus. Sya oklah aku bergegas nak pergi jumpa guru kelas nanti ada masa kita sembang lagi”, kata Hisyam sambil berlalu pergi. Allisya hanyalah mengangkat isyarat tangan dan berjalan menuju ke kelas.
         Malam demi malam, masa berjalan dengan pantas. Allisya sudah menjangkau ke alam peperiksaan SPM. Allisya berjanji akan terus belajar dan akan berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Setiap petang Allisya tidak akan ketinggalan untuk ke kelas tambahan.  Semasa pulang, Allisya terserempak dengan Hisyam dan apabila Allisya berpaling dan ingin menegur  Hisyam, kelihatan Hisyam sudah hilang dari pandangannya. Allisya hanya senyum kecewa dan meneruskan perjalanannya ke asrama kerana mahu mengemas barang untuk pulang ke rumah. Allisya menunggu kakaknya datang mengambilnya di hadapan pintu asrama. Sampainya Allisya di rumah, dia terus ke biliknya untuk mandi dan solat. Alangkah gembiranya Allisya dapat balik ke rumah setelah berada di asrama selama dua minggu. Pada malam itu, Allisya hanya termenung di meja belajarnya. Tiba- tiba Allisya terkejut mendengar suara mamanya “Allisya, dah makan ke belum?”, tanya mamanya. “Belum lagi mama, lagipun Allisya tidak lapar pun”, jawab Allisya. ” Hah baguslah ! nanti jangan lupa belajar, jangan dok termenung macam ikan busuk tu “, sambung Puan Rasiqah sebelum beredar pergi ke meja makan. Allisya hanya mengangkat tangan tanda ok kepada mamanya. Tetapi apabila mamanya tidak lagi kelihatan di hadapan matanya, dia terus menutup pintu bilik dan lampu bilik terus tidur tanpa menghiraukan kata- kata mamanya itu. Semasa ingin melelapkan matanya, dengan tiba- tiba dia teringat kepada Hisyam. “Adakah aku sudah jatuh cinta”, kata Allisya sendirian dan matanya terus terpejam.
        Selepas selesai solat subuh berjemaah, Allisya berniat ingin kembali tidurnya tetapi niatnya terbatal apabila mamanya menyuruh Allisya menyimpan rumah. Niat hati Allisya ingin membantah tetapi apakan daya, syurga di bawah tapak kaki ibunya. Allisya membuat segala kerja rumah pada hari itu. “Perghhh, letih gila buat semua kerja- kerja rumah ini “, rintih hati kecil Allisya. Selepas selesai semuanya, Allisya terpaksa menemani kakaknya untuk memebeli barang di supermarket. Semasa dalam supermarket, tiba- tiba berlaku satu kekecohan dalam supermarket. Ramai orang berkumpul ke tempat kejadian kerana ingin melihat apa berlaku. Rupa- rupanya, seorang budak telah mencuri makanan kerana kelaparan dan ditahan oleh pekerja mereka. Budak itu kelihatan sangat kesian dan tiba- tiba  seorang pak cik menolong untuk membayar makanan yang diambil oleh budak itu. Kejadian itu telah menjadi pengajaran kepada mereka yang menonton. Tapi menjadi tanda tanya , “kemanakah ibu bapa budak itu pergi sehingga anaknya dibiarkan begini ?.”,
      “Mama, pagi esok Allisya mahu keluar dengan kawan sebelum pergi asrama, boleh tak mama? ,” Tanya Allisya meminta kebenaran dengan mamanya untuk keluar berjumpa dengan kawannya untuk membuat kerja sekolah. “Tak payah nak mengedik nak keluar pagi- pagi, kalau nak siap kan kerja sekoloh, malam ni pun boleh lagipun kan petang ni dah nak pergi asrama kan”, balasnya Puan Rasiqah berpanjang jelar jawapan. “Ya mama”, balas Allisya dengan perasaan kecewa. Allisya terus masuk ke biliknya dengan perasaan kecewanya itu. “Ish, tak sporting la mama aku ni, nak keluar dengan kawan pun susah  lagi pun kawan tu perempuan, bukan lelaki, hairan la orang tua ni apa yang dirisaukan sangat,” bebel Allisya sendirian di dalam biliknya. Sampainya Allisya di asrama pada petang itu, di terus naik ke katilnya tidur tanpa mengemas atau menyiapkan kerja rumahnya itu kerana hatinya masih marah dengan mamanya yang tidak memberi kebenaran untuk keluar pagi itu. Namun, nasib Allisya beruntung kerana pagi itu gurunya itu tidak memeriksa kerja rumah yang di suruh semasa cuti sekolah.
       “Weh Allisya, kau apahal yang sibuk tentang aku, kau cakap dekat semua orang yang aku sudah sundal,” kata seorang budak perempuan yang tiba- tiba serang Allisya di dalam kelas. “siapa kau, aku tak kenal lah kau, pasal apa lak aku nak cakap pasal kau”, kata Allisya dalam kebingungan. “kurang ajar punya perempuan”, kata perempuan itu sambil menyimbah air keatas muka Allisya. “woi! apa hal ini”, kata Allisya dalam kemarahan. “Padan muka kau! Lain kali jangan dok jaga tepi kain orang, faham! kau tu sundal. Dasar perempuan murahan“, kata perempuan itu sambil berlalu pergi tetapi di halang oleh seorang lelaki iaitu Hisham.” Kau pergi minta maaf sekarang”, kata Hisham dengan marah. Budak perempuan itu hanya diam menyebabkan Hisham semakin marah . Demi mengelakkan berlakunya kes besar, Hisyam terus mengheret tangan Allisya keluar balik ke asrama untuk mencucikan mukanya itu . Allisya tidak berkata apa- apa, dia hanya menangis dan terkejut dengan perkara yang berlaku padanya hari ini. Dia tidak mengetahui siapalah yang membuat fitnah sebegini. “Sabarlah sya, jangan nangis”, kata Hisyam sambil menepuk bahu Allisya.
      Beberapa sahaja lagi hari peperiksaan SPM hampir tiba, ianya membuat Allisya semakin berdebar. Setiap hari, Allisya akan berusaha untuk belajar supaya dapat melepasi target SPM. Jika kalau tidak dapat masuk ke Universiti, ke tingkatan Enam pun sudah memadai bagi Allisya.  Selepas solat maghrib berjemaah di surau, Allisya akan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan SPM itu nanti. Semasa Allisya belajar di ruang dewan, tiba- tiba ada kawannya yang bernama Arina menegur Allisya. “ Wah rajinnya minah ini, setiap malam belajar, dapat ke target ke universiti,” katanya Arina yang menyakitkan hati Allisya. Allisya tidak berkata apa- apa dan hanya jelir kerana tidak mahu mencari pasal dengan budak perempuan itu. “ Sombongnya kau minah.” Katanya Arina lagi sambil berlalu pergi. Allisya hanya senyum  tanpa menoleh sedikit pun wajahnya kepada Arina.
      Hari demi hari Allisya mengulangkaji untuk menempuhi alam peperiksaan nanti. Dia sangat berharap agar dapat menjejaki ke alam Universiti.  Pada hari terakhir peperiksaan, kejadiaan tidak dijangkaukan berlakunya kejadian aneh di hadapan sekolah. Orang ramai menuju kearah kejadian tersebut. Kami yang berada didalam dewan peperiksaan tidak dibenarkan keluar dan hanya beberapa orang pengawas kelihatan bergegas ke arah sana. Kejadian tersebut kelihatan seorang budak perempuan yang ingin membunuh diri di atas bangunan tinggi yang berada dihadapan sekolah Allisya. Ramai penyelamat- penyelamat datang untuk mengawal keadaan dan bahkan keadaan pada pagi itu sangat sesak kerana kejadian pagi itu. Dalam usaha penyelamat, akhirnya budak itu dapat diselamatkan dari terjun bagunan tersebut. Kejadian ini telah dihebohkan dalam televisyen dan satu negeri kecoh kerana peristiwa budak perempuan ingin membunuh diri kerana masalah ibu bapa. Kejadian ini telah menjadi iktibar kepada masyarakat di luar sana.
      Masa terus berjalan dan kehidupan Allisya sudah menjangkau alam dewasa. Dari alam persekolahan hingga ke alam universiti. Bahkan Allisya tidak menyangka dengan keputusannya yang tidak beberapa begitu memuaskan dapat juga dia sambung ijazah Perniagaan dan Keusahawaan Pelancongan di Universiti Malaysia Kelantan. Ini dikatakan adalah rezeki daripada Allah. Walaupun dia dapat di UMK, dia bersyukur kerana tidak berapa jauh dari Keluarganya. Kadang- kadang di hujung minggu jika ada masa terluang, dia akan pulang kerumah untuk menjenguk suami dan anaknya di Pahang.Tapi Allisya bersyukur kerana dapat menguruskan belajarnya dengan baik walaupun dia sudah berumahtangga. Itulah dikatakan jodoh, rezeki dan maut adalah di tangan tuhan. Dalam diam dia termenung petang itu, teringat pula Allisya dekat sahabat baiknya Sabrina yang sekarang sudah bekerja sebagai Jururawat. Kawan- Kawannya yang lain pula banyak sudah ada kejayaan masing- masing.
       Mama!!! mama !!... Allisya terdengar suara budak yang memanggilnya. “Alwin ??? “, panggil Allisya dalam kebingungan. “Datang dengan siapa ini? mana papa?’, sambung Allisya lagi. Alwin hanya menunjukkan jarinya yang kecil kearah Hisyam. Allisya hanya tersenyum melihat suaminya itu. “Happy Birthday mama!!”,  jerit Hisyam kepada Allisya.  Allisya kelihatan binggung sambil melihat tarikh di telefonnya itu. “Ya Allah, terima kasih sayang dari jauh sayang sanggup datang ke Kelantan untuk menyambut hari jadi Allisya”, katanya Allisya sambil menyambut tangan suaminya untuk bersalam. ”Sama- sama sayang. Tak apa lah demi cinta dan sayang papa kepada mama”, kata Hisyam sambil mencium dahi Allisya. Mereka  bersama- sama berjalan menuju kearah sebuah meja. Allisya merasakan bertuah kerana memiliki suami dan anak yang menyayanginya.  Allisya juga tidak menyangka, orang yang selalu bergaduh dan menolongnya dulu sudah menjadi suaminya sekarang. ”Aku berharap kejayaan dan kebahagiaan yang aku ada sekarang, semoga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat”, detik hati Allisya sambil tersenyum melihat suami dan anaknya itu.  
 
TAMAT











NASI LEMAK CITA- CITA KU




          Adakah dunia ada keakhiran. Adakah mentari tidak akan menyinari alam, hatiku hanya  ketakutan, aku takut untuk melangkah. “Fatin, apa lagi yang kau buat? Eh, cikgu nak jumpa kau, bawa sekali kertas kerja projek akhir kau tue”, kata Iqwan kepada Fatin. Fatin hanya mendiamkan diri dan terus membawa kerta kerja menuju ke bilik guru.  “Assalamualaikum cikgu”, Fatin memberi salam kepada cikgu Rogayah yang mengajarnya sebagi guru pendidkan seni visual. “Ha Fatin, mana kertas kerja cikgu nak tengok”, katanya cikgu itu. Fatin memberi kertas kerja tersebut tanpa membicara. “ Fatin apa benda awak buat ini? Ini tak lengkap, yang ini pula patut ada lukis kotak, kerja apa ini Fatin, benda ini dah nak hantar awak pula yang tangguh- tangguhkan, awak ingat sempat ke, kalau tak siap siapa yang awak susahkan, saya jugakan, saya yang kena tolong siapkan untuk awak, kena temankan awak sampai berpagi- pagi dekat bilik galeri itu kan”, bebelnya cikgu Rogayah kepada Fatin. Fatin hanya diam dan hanya makan hati atas kata- kata cikgu Rogayah itu. Kelompak matanya mula berkaca dan dia cuba mengangguk dan senyum dengan setiap kata- kata tajam cikgu tersebut. Namun, tanpa memandang muka Cikgu Rogayah, Fatin mengambil kertas projeknya dan terus beredar dari bilik guru itu. Dalam perjalanannya menuju ke kelas, air matanya mula menitis. “Ya Allah, apa salah aku, aku tahu apa aku buat”, rintih hati kecilnya. Fatin terus menyapu air matanya dan masuk ke kelas untuk teruskan kerja- kerjanya.

           Selepas selesai sesi persekolahan, Fatin dan kawan- kawanya menunggu kereta sewa yang berhanpiran sekolahnya untuk balik ke rumah. “ Adik, nak pergi mana?”, tegur seorang pak cik drebar kereta sewa. “Saya nak pergi ke Kampung Apa- Apa pak cik”, balas Fatin sambil memberi senyuman kepada pak cik itu. “Boleh lah adik kalau mahu, tapi pakcik ambil upah  RM 2.00 sebab masuk dalam kan?”, katanya pak cik tersebut. “Iyea pakcik. Boleh lah pakcik”, katanya Fatin. Fatin terus masuk ke dalam kereta itu. Dalam perjalanan tersebut, pak cik drebar itu sangat banyak berbicara. Sampainya di halaman rumah, Fatin terus membayar kepada pak cik itu dan terus berjalan menuju ke rumahnya. Assalamualaikum mak”, Fatin memberi salam kepada emaknya yang sedang mengutip daun pisang untuk membuat nasi lemak. “Walaikmussalam anak mak Fatin dah balik sekolah”, kata maknya sambil menyambut huluran tangan anaknya untuk disalam. “Meh mak Fatin tolong mak”, kata Fatin dengan meletakkan beg sekolahnya di atas tangga rumah. “Tak pe lah Fatin, mak boleh buat, pergilah kamu tukar   baju sekolah , mandi dan solat lagipun, adik dah balik tu, pergilah makan sekali”, balasnya mak. “Baiklah mak, nanti kalau ada apa- apa, panggil Fatin yea”, kata Fatin sambil melangkah menuju ke tangga rumah. Selepas selesai makan, Fatin terus membuka kertas projek akhirnya, seharian Fatin menyiapkannya dengan semampunya. “ Fatin macam mana kertas kerja projek akhir kamu, dapat beli kertas lukisan kamu?”, tanyanya mak kepada Fatin. “Alhamdulillah dapat mak, duit yang mak bagi pagi taki tu dah cukup mak”, kata fatin kepada maknya dengan penuh yakin. “Kalau ada masalah apa nanti, cakap dekat mak, mak tak nak seperti minggu lepas sampaikan cikgu datang ke rumah dan cakap macam- macam pasal kamu. Nanti apa- apa masalah mak akan usahakan”, sambungnya maknya lagi. “ Mak, tak payah susah- susah, mak patut rehat- rehat, dah penat mak cari duit untuk kami, kalau ada apa- apa nanti, Fatin boleh usahakan lagipun, duit upah mengasuh cucu Mak Cik Aini tu masih ada lagi, mak tak payah susahkan lah, mak kena rehat”, kata Fatin sambil mata nya khusyuk melakukan kerja. Namun, kalau nak ikutkan hati memang sakit kerana Cikgu Rogayah suka bertindak kasar. “Iyelah Fatin, mak tak nak kamu semua rasa apa yang mak rasakan, cukup lah biarkan mak je yang rasakan. Mak nak tengok anak- anak mak hidup dengan berjaya dan cukup dengan segalanya”, kata mak sambil menyapu air mata. “Ini semua dah lebih cukup mak’, kata Fatin tanpa mengerti maksudnya itu sambil memeluk emaknya.  Maknya membalas pelukkan satu- satu anak perempuannya itu. “Mak, jom la tidur”, tiba- tiba terdengar suara kecil memanggil yang sedang memegang bantal  di tepi pintu bilik. “Iye la adik, jom tidur”, kata maknya sambil memipin tangan adiknya itu. Fatin meneruskan balik kerja- kerja lukisannya itu sehingga lewat malam.

                 Pagi itu seperti biasa Fatin akan bagun awal menolong emaknya menyediakan sarapan untuk adiknya dan juga membungkus nasi- nasi untuk dijual. “Fatin, mak rasakan lebih baik kau tinggal dekat asrama dan tak perlulah naik pengangkutan bas atau kereta sewa lagi lagipun pasal semua ini mak boleh uruskan seorang diri”, katanya mak. “Tapi mak, Fatin…”, belum sempat Fatin habis berbicara, emaknya memegang bahunya sambil membantah kata- kata anaknya itu. “ Mak tak nak Fatin berusah- susah naik pengangkutan sewa, mak risau kalau apa- apa yang terjadi. Lebih baik Fatin tinggal di asrama. Keselamatan Fatin akan terjaga nanti”, Mak berkata sambil berlalu pergi untuk menghantar adiknya ke sekolah.

         “Abang Fahmi jangan lupa hantar makanan jualan mak dekat kedai seberang yea”, jerit Fatin kepada abang sulungnya. “ Iyea. Abang nak hantar ni. Fatin tak payah naik bas hari ini biar abang hantarkan lagipun abang nak lalu depan sekolah Fatin juga”, katanya Fahmi kepada adik perempuannya yang tunggal. “Aik, abang nak pergi mana ?”, tanya fatin kebinggungan. Abangnya hanya senyum apabila mendengar kata- kata adiknya itu. “Ada lah tempat abang nak pergi dik. Dah siap, jom. Tolong ambilkan helmet dekat belakang”, pintanya Fahmi kepada Fatin. Fatin tidak berkata apa- apa dan menuruti kata- kata abangnya. Sampai sahaja di sekolah, sebelum masuk ke kelas Fatin akan menunggu kawannya baiknya iaitu Najla.  “Najla”, panggilnya Fatin apabila melihat kelibat Najla menuruni kereta yang dinaikinya. “Fatin, tak yah tunggu, kesian kamu duduk kat sini sendirian”, kata Najla sambil memegang tangan  Fatin. “Ala, tak pelah , lagi pun Fatin baru jew sampai, hehehe.., Jomlah masuk ke kelas Najla”, kata Fatin sambil mengheret tangan Najla. “Iyea lah , tak nak sarapan dulu, nie Najla ada bawa sedikit kuih untuk kita berdua”, kata Najla. “Emmm, jom- jom. Nanti masa break nanti, kita makan nasi. Fatin ada bawa nasi untuk kita berdua”, Fatin menujukkan beg plastik yang berisi dua bungkus nasi berlauk. “Wow, bestnya, Fatin masak sendiri ke ??, lama tak rasa”, kata Najla  dengan perasaan teruja kerana sudah lama tidak merasakan masakan kawannya itu sendiri. “Tidaklah, Fatin ambil yang dah disediakan oleh mak diatas meja.” kata fatin sampai ketawa melihat muka Najla yang kelihatan kecewa. “Jangan lah, besok Fatin bawa nasi lemak yang Fatin masak.” sambung kata Fatin lagi untuk memujuk sahabat baiknya itu. “Betul,!, janji?”, kata Najla dengan perasaan teruja. “Iyea la, tak bohong, sumpah.” Fatin berkata sambil mengangkat tangan sebagai tanda sumpah. Najla memandang Fatin dengan senyumannya yang sedikit memberi makna tanya kepada Fatin. Mereka terus meletakkan beg dan terus bersarapan di kantin.

           Pada petang itu, selepas sesi persekolahan pagi, Fatin membeli makanan semasa rehat untuk kelas tambahan petang itu. Fatin membeli di kantin seorang diri kerana Najla telah lama keluar bersama kawan sekelasnya yang lain. Semenjak di tingkatan 5 ini, Najla tidak larat ke kantin dan lagipun Najla masih berasa kenyang kerana makan nasi masa pagi dan rehat tadi. Sesi kelas tambahan petang itu, Fatin dengan tekun mendengar setiap patah perkataan yang dibicarakan oleh Cikgu Balqis yang mengajarnya sebagai Bahasa Sains di aliran kelas Kesusasteraan itu. “ Assalamualaikum cikgu”, tiba- tiba datang seorang pelajar memberi salam. Cikgu Balqis menjawab salam dan menghampiri pelajar tersebut. Pelajar tersebut menceritakan  sesuatu yang berlaku dan Cikgu Balqis seperti mengangguk- angguk kepalanya seperti ada sesuatu perkara buruk telah terjadi. Namun, dengan tiba- tiba Cikgu Balqis memanggil Fatin untuk mengikutinya ke Bilik Guru Besar. Apabila sampai di bilik Pengetua, Fatin telah diperjelaskan satu persatu apa yang sudah terjadi. Apabila mendengar khabar tersebut, air matanya menitis dan dia terasa seperti bumi yang dipijak sudah terbelah empat.

         Sampai sahaja di rumah, Fatin terus menjerit memangil emaknya tanpa menghiraukan orang kampung dan terus menaiki tangga usang rumahnya lalu menghampiri jenazah ibu kesayangannya itu. Fatin meronta- ronta memanggil emaknya tanpa difahami oleh adik bongsunya itu. Ramai orang kampung memujuk Fatin termasuk abang sulungnya itu. Namun, akhirnya Fatin telah termakan dengan pujukan abang sulungnya. Mereka menuju ke dapur  sambil diperhatikan oleh beberapa orang yang yang berada di sekelilingnya. “Adik sabarlah, abang selalu akan berada di samping adik- adik abang. Abang takkan biarkan adik- adik abang bersendirian, abang janji, apa yang abang makan, begitulah juga adik- adik abang”, kata Fahmi memberi semangat kepada adiknya itu. Fatin hanya mendiamkan diri dan hanya memandang wajah abangnya itu.
         
          Semenjak pemergian arwah emaknya selama 40 hari, Fahmi tidak pernah mengabaikan adik- adiknya. Dia berkerja keras untuk menyara kedua-dua adiknya itu malahan Fatin juga tidak berhenti meneruskan kerjaya Nasi Lemak arwah emaknya itu. Malahan bagi Fatin, tiada kurangnya rezeki kerana Nasi Lemak itulah memberi rezeki kepada keluarganya sehingga kini. Fatin juga lebih arif tentang pengurusan masanya di awal pagi sehinggalah munculnya bulan di langit. Dia dapat membahagikan masanya di waktu belajar dan berhasrat ingin mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan SPM yang hanya tingagal selama 2 bulan lagi. Pada malam itu, kedengaran pintu rumah diketuk mengejut Fatin dan Fahmi yang leka dengan kerja masing- masing. Fahmi memandang Fatin mengarahkan membuka pintu rumahnya itu.  Fatin membuka pintu rumahnya itu dan terpampar dua orang perempuan dan seorang lelaki dengan berpakaian seragam bersama ketua kampung yang kelihatan begitu kemas sekali pemakaian. “Assalamualaikum” diberi salam oleh seorang lelaki berusi 40-an. “Iya ada apa Encik dan Puan datang ke rumah saya” kata Fatin seperti satu perasaan yang kurang aneh bermain difikirannya. “Kami daripada Jabatan Anak Yatim menerima laporan tentang sebuah rumah yang dikediami oleh tiga adik- beradik, betul ke ini rumahnya?” tanya pengawai itu. “Iyea,” kata Fatin seperti tergagak menjemput pengawai bertiga itu naik ke rumah. Fahmi yang rasa hairan terus bagun dari tempat duduk menuju ke ruang tamu hadapan. Fahmi dari jauh sudah merasai perkara sebegini akan terjadi dengan dirinya hanya bekerja di Pejabat Pos menyara adik- beradiknya yang masih bersekolah. “Maaf Encik dan Puan, seeloknya lebih baik Encik dan Puan mmeninggalkan rumah ini segera, saya sebagai abang sulung di dalam keluarga ini, tidak memerlukan bantuan apa- apap daripad pihak mana- mana pun. Selagi nyawa saya masih tergantun di jasad, saya masih boleh menyara adik- adik saya”, kata Fahmi belum sempat Pengawai- pengawai itu mengulaskan tentang tujuannya datang malam itu. Fatin hanya diam dan memerhatikan. Usianya 17 tahun itu juga sudah matang bagi dirinya untuk cuba menyara keluarganya daripada dipecah belah. “Maafkan saya, tujuan saya datang ingin memastikan anak- anak yatim tidak terbiar dan mendapat secukup lengkap keperluan kehidupan dari segi persekolahan”, jelas seorang perempuan yang kelihatan lebih muda daripada perempuan disebelah kirinya. “Ok kamu semua sudah lihat keadaan kami, sekarang kamu semua boleh balik. Tolonglah jangan memecah belahkan kami. Susah senang kami akan usahakan sendiri. Saya sebagai abang mereka, tidak akan membiarkan adik- adik saya disentuh walaupun sebesar zarah”, jelas Fahmi lagi. Ketiga- tiga pengawai itu hanya diam. Tidak berkata apa- apa. Takut untuk mengambil apa- apa tindakan dengan gelagat lelaki yang berusia lewat 20- an itu dengan sungguh berani menengking mereka. “Baiklah, kalau terjadi apa- apa kepada adik- adik kamu, kami tidak akan teragak- agak lagi membawa mereka pergi dari sini”, jelas pengawai lelaki terus melangkah pergi dari rumah itu. Tengah malam itu, Fatin tidak dapat melelap matanya terus teringat peristiwa yang berlaku. Sungguh sedih jika semua ahli keluarganya berpisah. “Dia akan berusaha untuk mempertahankan keluarganya” rintihnya Fatin terus mendodoikan diri sendiri untuk memejamkan matanya itu.
          Pagi itu, seperti biasa, walaupun cuti sekolah Fatin akan bagun awal untuk menyambung kerja arwah ibunya dengan menyediakan Nasi Lemak untuk dijual. Mujur dirinya dapat membelajari Nasi Lemak ibunya yang tersohor di kampung itu. Mungkin hatinya juga akan mewarisi cita- cita Maknya nanti. Selesai membungkus Nasi Lemak, Fatin menyusun ke dalam raga yang telah tersedia dan mengejutkan abang dan adiknya untuk bersolat jemaah. “Fatin, biar abang hantarkan semua bungkusan Nasi Lemak itu nanti.” Fatin hanya diam dan mengangguk.  Fatin hanya membiarkan abangnya melakukan smeuanya. Dia harus memberi tumpuan kepada pelajarannya. Peperiksaan SPM mesti dicapai dengan cemerlang untuk mengubah nasib keluarganya.
          Bulan berganti bulan. Fatin tidak pernah berputus asa untuk melakukan pelbagai perkara. Kehidupan keluarganya harus bersatu padu. Tanggungjawabnya sebagai perempuan tunggal dalam keluarganya itu tidak pernah diabaikan. Harian hidupnya seperti biasa. Fatin dapat menguruskan semuanya dengan teratur walaupun ada kalanya abangnya membantah atas tindakannya itu.  Debaran pagi itu sungguh menepuk dadanya. Dewan peperiksaan sungguh teratur dengan susunan meja dan kerusi bersama sehelai kertas yang sudah ditampal mengikut nama calon. Fatin memilih tempatnya yang tidak jauh daripada kawannya yang lain. Selama beberapa minggu Fatin berusaha belajar dan menjawab peperiksaan.  Selepas tamatnya peperiksaan SPM, Fatin mengembangkan usahanya dalam bidang bungkusan Nasi Lemak di kampungnya. Bukan sahaja setiap pagi bungkusan Nasi Lemak terhampar di atas meja makan, malahan Fatin juga membuat tempahan untuk pelbagai hari majlis. Mungkin, hasrat keluarganya akan tercapai. Fatin ingin mencapai cita- citanya dengan bergelar seorang Chef Profesional. Bukan hanya di Malaysia. Tapi di luar Malaysia.  Tidak mudah untuk mencapai tapi ia mudah jika ada usaha dalam diri. Semenjak keputusan peperiksaan SPM diumumkan, Fatin mula melangkah ke dunia luar. Ia terus menerima cabarannya dalam dunia masakan walaupun keputusan SPM cemerlang untuk menjamin pekerjaan lebih baik tapi Fatin meneruskan citanya dengan sebuah resepi keluarganya.


TAMAT

       
               


              
MAKANAN  TRADISI TERKENAL DI EMPAT  BUAH NEGERI

 
-          A) NEGERI JOHOR ( TELUR PINDANG)



                             

                Telur pindang merupakan makanan warisan Negeri Johor  yang telah dibuat oleh sebuah masyarakat lama Negeri Johor terutamanya kaum Jawa.  Mengikut sejarah, Telur Pindang ini dikatakan sebagai bekalan makanan para pedagang di dalam perjalanan yang jauh kerana ketahanan telur pindang daripada basi atau busuk melebihi dua minggu. Telur pindang ini biasanya akan dimasak selama berhari- hari paling minimum ialah 3 hari 3 malam atau paling maksimum 7 hari 7 malam dengan air rebusan yang mengandungi bahan- bahan campuran halba yang meweujudkan aroma serta rasa yang unik. Bagi masyarakat Negeri Johor, telur pindang ini dijadikan sebagai cenderahati di majlis perkahwinana, cukur jambul, pertunangan, dan sebagainya. Bagi di majlis perkahwinan, telur pindang ini dijadikan sebagai isian di dalam bekas bunga telur  dijadikan sebagai bahan hantaran pengantin atau diberikan kepada tetamu yang hadir.


Resepi Telur Pindang 

Bahan-bahan:
• telur 90 biji
• daun & batang serai 15 batang & daun
• daun jambu 10 tangkai x 12-15 helai daun pucuk
• daun kunyit 6 helai
• daun senduduk 10 tangkai x 15 helai daun
• daun mengkudu 5 tangkai x 10 helai daun
• jintan manis 100 gram
• jintan kasar 100 gram
• ketumbar 200 gram
• bunga cengkih 100 gram
• kulit bawang 10 gengam
• garam 800 gram
• gula batu 750 gram
• gula merah 200 gram
• kicap masin 100ml
• cuka 200ml

Cara penyediaan:
• Basuh daun dan susun batang dan daun serai, jambu, senduduk, mengkudu serta kulit bawang sebagai lapisan pertama.
• Letakkan satu susunan telur (30 biji) mengikut saiz periuk di atas lapisan daun. 
• Campurkan gula, garam dan rempah (ketumbar, jintan manis, jintan putih, kayu manis, bunga cengkih) yang ditumbuk dan masuk ke dalam bekas air (satu gelas).
• Tuangkan campuran air rempah itu di atas telur
• Ulang langkah 1 – 4 untuk lapiskan ke dua, ketiga dan keempat.
• Tutup lapisan telur terakhir dengan susun batang dan daun serai, jambu, senduduk, mengkudu serta kulit bawang.

Kaedah merebus:
• Isi air sehingga menutupi paras lapisan telur teratas.
• Gunakan api kecil yang minimal untuk rebusan selama 9 jam.
• Tambah air apabila paras susut pada lapisan akhir.
• Apabila cukup tempuh rebusan, sejuk dan keluarkan air. Telur diangkat satu persatu dan dilap dengan kain untuk menyisih bumbu yang melekat pada telur.

Nota tambahan:
Pilih telur kulit yang tebal (Gred A)
Daun nangka dan pucuk daun manggis boleh menjadi tambahan.





-        B)  NEGERI KELANTAN (KUIH LOMPAT TIKAM)






        Menurut sebuah mitos, sejarah Kuih Lompat Tikam ini berasal daripada kerajaan Majapahit yang ingin dipersembahkan kepada kerajaan Kelantan pada sekitar tahun 1700.  Semasa ingin dipersembahkan, beberapa orang dayang membawa dulang- dulang yang dipenuhi dengan kuih berhati- hati. Namun, seorang dayang telah tersadung dan tertikam pada bendul di Istana, lalu melompatlah Sultan kerana terkejut. Oleh itu, daripada peristiwa inilah, Sultan Kelantan merasminya sebagai Kuih Lompat Tikam.  Walau bagaimanapun, orang zaman dahulu menjadikan Kuih Lompat Tikam sebagai manisan majlis berbuka puasa. Malahan sekarang, Kuih Lompat Tikam sudah banyak dijual di pasar- pasar terutama Pasar Siti Khadijah untuk dijadikan makanan di waktu pagi atau petang sebagai pemanis mulut. Kuih Lompat Tikam ini mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung yang berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini akan dibuat dengan perisa tawar kerana ia akan dimakan bersama air nisan dengan gula kabung.


Adunan kuih hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 1/2 cawan air/ santan cair
6 helai daun pandan
secubit garam
cara- cara
  •  Daun pandan di potong kecil. Masukkan dalam pengisar dan kisar bersama 3 1/2 cawan air. Kemudian di tapis.
  • Satukan tepung beras dan tepung jagung bersama air pandan dan gaul rata. Tambah secubit garam.
  •  Kemudian di tapis
  •  Masukkan dalam periuk dan masak sehingga berwap.
  • Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10 minit
  • Angkat dan biarkan sejuk



Adunan Putih / Kepala santan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
secubit garam
2 sudu besar tepung beras
1 helai daun pandan (di simpul)

Cara- cara
·         Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur dengan api perlahan sambil di kacau
·         Bila mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Adunan ini tidak terlalu pekat. Kalau inginkan lebih pekat tambahkan tepung beras.



Sirap Gula Melaka
1/2 cawan gula merah
1 buku gula Melaka
1 cawan air
sehelai daun pandan (Disimpul)
Cara-cara
·         Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga pekat
·         Angkat setelah masak dan tapis

Pulut Merah
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
1 cawan air atau santan cair
secubit garam
sehelai daun pandan (Disimpul)
Cara-cara
·         Rendam dahulu beras pulut bersama pewarna merah dan air hingga kembang
·         Kemudian cuci dan dan bilas bersih
·         Satukan dengan santan cair, daun pandan dan secubit garam. 
·         Masukkan dalam periuk nasi dan tanak hingga masak (boleh juga jika dikukus)


-          C) NEGERI KEDAH (KUIH GEDUNG CHAK)


                  
         
          Kuih Gedung Chak merupakan sejenis kuih yang  berasal daripada Negeri Kedah yang diperkenalkan oleh penduduk Acheh yang datang dan menetap dikawasan Daerah Yan, Kedah. Kemudian, dari situ orang- orang Acheh membawa tradisi makanan mereka dan ia diterima dengan baik oleh penduduk dikawasan tersebut . Bahkan secara tidak langsung, ia menjadikan kuih Gedung Chak sebagai kuih tradisional Negeri Kedah yang diturun temurun resepinya oleh Nenek Moyang mereka. Sehingga kini, kiuh Gedung Chak ini susah dijumpai tetapi masih terdapat di kawasan Yan, Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda, dan beberapa daerah di Kedah.
 


BAHAN-BAHAN:
·         1 kg tepung pulut
·         500 gm tepung gandum
·         500 gm kelapa parut putih
·         250 gm gula merah
·         250 gm gula putih
·         500 ml santan
·         500 ml air
·         Garam secukup rasa
·         Daun nipah untuk membungkus secukupnya


CARA MEMASAK:

1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan santan. Kacau rata.
2. Selepas itu masukkan gula putih dan gula merah. Kacau lagi sehingga rata.
3. Kemudian masukkan tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut muda dan garam. Kacau lagi sehingga pekat.
4. Angkat dan sejukkan.
5. Ambil dua sudu makan adunan dan letakkan ke dalam daun nipah.
6. Bungkus dan sematkan dengan lidi atau stapler di hujungnya.
7. Bakar sehingga masak.


-        D)   NEGERI SABAH (BAROBBO)
         


          Barobbo merupakan sejenis makanan tradisional yang berasal daripada Sulawesi Selatan. Ia juga makanan khas yang diperbuat daripada Jagung yang dikenali  “Biralle” oleh keturunan Makassar atau “Arelle” oleh keturunan Bugis yang berasal daripada masyarakat Sulawesi Selatan. Selain itu, Barobbo juga dikenali sebagai Bubur Jagung  yang khas dihasilkan oleh masyarakat Sulawesi Selatan di Tana Luwu. Makanan ini biasanya disajikan ketika berbuka puasa  atau disajikan ketika berkumpul dengan ahli keluarga.

Bahan bubur:
·         1 buah jagung manis yang disisir halus
·         3 buah jagung manis yang diparut
·         400 ml air
·         3 siung bawang merah yang diiris tipis
·         2 siung bawang putih yang diiris tipis
·         2 sdt garam
·         1 tangkai seledri  yang diiris tipis
·         ½ ikat bayam yang sudah disiangi
·         ½ ikat kangkung yang sudah disiangi
·         ½ sdt merica bubuk

Bahan perkedel:
·         2 buah jagung manis yang diparut
·         1 butir telur
·         50 gr udang kupas yang dicincang halus
·         1 tangkai seledri yang diiris halus
·         1 batang daun bawang yang diiris halus
·         50 gr tepung terigu protein sedang
·         Minyak untuk menggoreng

Bumbu halus:
·         2 siung bawang putih
·         3 siung bawang merah
·         ½ sdt merica bubuk
·         1 ¼ sdt garam

Bahan pelengkap:
·         1 buah ayam yang digoreng dan kemudian disuwir-suwir
·         Bawang goreng untuk taburan

Cara Membuat Bubur Barobbo :
  •    Bubur bisa dibuat dengan memasak jagung yang sudah disisir dengan air sampai mendidih.
  •     Masukkan bawang putih, bawang merah, merica bubuk dan garam ke dalam adonan jagung kemudian masak sampai matang.
  •     Tambahkan bayam, kangkung dan juga seledri kemudian masak lagi sampai sayuran matang dan layu.
  •     Untuk membuat perkedel kita bisa membuatnya dengan mengaduk rata bahan-bahan perkedel.
  •    Goreng perkedel dengan cara menyendok bahan perkedel ke dalam minyak yang panas kemudian goreng sampai matang. 
  •    Sajikan masakan bubur dengan tambahan ayam goreng suwir, perkedel dan bawang goreng agar rasanya lebih nikmat.