Jom Amalkan Pemakanan Sunnah
![]() | |
Gambar Hiasan |
Kurma
Kurma
mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi, berkhasiat dan bernilai dalam
dunia perubatan tradisional. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8
hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50
hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya
telah ditukar secara semulajadi. Apabila kita memakan kurma, tenaga yang
diserap oleh tubuh adalah serta-merta. Kurma juga
kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, dan
juga niasin. Lazimnya kurma dimakan semasa bulan Ramahan. Jus
kurma berkesan mengatasi masalah sembelit. Walaubagaimanapun, minuman ini tidak
sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh
mendatangkan kesan yang lebih serius.
![]() |
Kurma |
Delima
Buah delima merupakan salah satu buah-buahan yang berasal
dari negeri timur tengah. Ia ditanam pada tanah gembur namun tidak banyak air.
Buahnya memiliki tiga jenis, iaitu putih, merah dan hijau. Khasiat delima sering
digunakan untuk salad pada makanan diet atau dijadikan sirup. Buah delima juga mempunyai
khasiat yang melimpah kerana kandungan zat baik di dalamnya. Kandungan nutrisi juga
mampu diberikan oleh buah delima, memberikan kesan positif bagi kesihatan
tubuh. Beberapa manfaat delima itu, diantaranya:
Mengatasi
Gangguan Perut
Kupas buah delima dan gunakan untuk menenangkan gangguan
lambung yang disebabkan oleh setiap jenis masalah pencernaan. Minum teh yang dibuat
dari daun buah delima juga membantu dalam menyembuhkan masalah pencernaan.
Anti Penuaan
Diet jus delima dapat membantu memperlambat proses penuaan
yang akan mengurangi kedut dan garis-garis halus yang disebabkan oleh sinaran matahari. Hal ini juga akan membantu mempertahankan regenerasi sel-sel
kulit dan mencegah pigmentasi berlebihan dan terjadinya bintik-bintik
gelap.
Membantu
Menyembuhkan Luka
Delima membantu dalam regenerasi sel-sel kulit di lapisan kulit epidermis
dan dermis. Jus delima memiliki kemampuan untuk mempercepat proses penyembuhan
luka. Bahkan minyak biji delima yang sarat dengan nutrisi, ramah akan kulit
yang bermanfaat bagi penguatan dan regenerasi epidermis. Hal ini juga
melindungi kulit dari sinaran matahari dan menyembuhkan kerosakan yang disebabkan
pada kulit akibat sinaran matahari secara langsung.
![]() |
Buah Delima |
Buah Ara/Tin
Buah tin atau disebut juga sebagai buah ara termasuk
salah satu buah yang sangat popular di seluruh dunia dengan manfaat dan
khasiatnya. Buah tin adalah buah bermusim yang banyak dijumpai di Asia
barat. Manfaat kesihatan dari buah tin berasal dari kandungan mineral, vitamin
dan seratnya yang tinggi. Nutrisi bermanfaat yang terkandung dalam buah ara
termasuk vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosfor, mangan,
natrium, kalium dan klorin. Namun manfaat terbesar dari buah tin adalah dari
banyaknya kandungan serat dan kalium.
Antara khasiat buah ara adalah;
- 40 gram buah ara kering (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida.
- Buah Ara juga mengandungi kandungan serat yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.
Madu
Manfaat madu memang begitu banyak dan tentu tidak diragukan
lagi. Madu digunakan untuk kecantikan dan juga kesihatan. Madu mengandungi
banyak kandungan yang sangat bermanfaat seperti serat, vitamin b6, air, niacin,
protein, karbohidrat, zinc, fosfor dan lain-lain. Madu berguna menjadi antioksidan yang sangat kuat.
Kandungan antioksidan yang tinggi pada madu membuat tubuh kita menjadi lebih
sihat, terhindar dari pelbagai penyakit dan menjadi lebih
muda. Disamping itu, madu juga membuat tubuh kita terhindar dari
kolesterol yang tinggi. Manfaat madu bagi kesihatan digunakan untuk
menurunkan glukosa dan juga menurunkan kolesterol darah. Madu mengandungi
aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral,
dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik.
Habbatus
Sauda
Habbatus
sauda atau dikenali sebagai Nigella Sativa merupakan bahan yang biasa digunakan
dalam masakan India dan Timur Tengah. Habbatus Sauda juga dikenali sebagai biji
bawang, biji bunga Adas, jintan hitam, ketumbar Rom dan Kalonji. Habbatus Sauda
mempunyai rasa pedas dan sedikit pahit
serta aroma seperti oregano. Disamping itu, habbatus sauda didapati
memgandungi analgesic bahan anti kulat, antispasmodik, antioksidan,
anti-bakteria, anti radang, bahan yang mampu mengeluarkan udara yang berlebihan
seperti halia, anti-ulser, anti hipertensi dan harta antikholinergik. Antara
khasiat habbatus sauda ialah;
- Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
- Mengatasi gangguan kulit (ekzema, jerawat, flek dan luka kulit)
- Merawat epilepsi dan kejang
- Memacu pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran
- Mengubati gangguan pencernaan (sakit ulu hati) dan cirit-birit
- Anti sakit (analgesia)
- Merawat sakit kepala (migrain)
- menyembuhkan anemia
- Merawat dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
- Menormalkan aktiviti otot-otot jantung
Minyak
Zaitun
Minyak
zaitun yang diekstrak daripada buah zaitun boleh digunakan
berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta
tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Minyak
zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai
“monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam
darah. Tingginya
jumlah zat besi yang ada di dalam buah zaitun akan meningkatkan pengeluaran sel
darah merah di dalam tubuh anda. Selain itu buah zaitun akan mengikat oksigen
di dalam darah anda sehingga membuat anda lebih sihat.
![]() |
Minyak Zaitun |
Air
Zam-Zam
Air zam zam merupakan air yang diambil dari sumur zam zam
yang ada di tanah suci Mekah. Keistimewaan air zam zam ditemukan pula
dalam hadis nabi yang mengatakan bahwa air zam zam merupakan air yang memiliki
khasiat untuk menyembuhkan segala penyakit. Selain itu, jika orang berdoa
sebelum meminumnya untuk kesembuhan, maka InsyaAllah doanya akan terkabul. Secara ilmiah, dijelaskan bahawa air zam zam
mengandungi zat yang sangat penting untuk menyembuhkan penyakit iaitu zat
fluorida. Zat ini juga disebut sebagai zat anti kuman.
![]() |
Air Zam-Zam |