Selasa, 24 Mei 2016

Cinta Dari Tuhan

Gambar Hiasan

Cinta Dari Tuhan 

Wan Safrie Oyong




“Cik ayu, apa kata Cik Ayu jadi teman wanita saya. Saya akan jaga Cik Ayu seumur hidup saya.” 

  Johan yang memang terkenal dengan kenakalannya selalu saja mengusik rakan-rakan sepejabatnya, termasuklah bos kepada Syarikat tempat dia bekerja itu. Cik Ayu merupakan anak kepada pengurus besar Syarikat Jaya Holdings Sdn Bhd. 

   Cik Ayu seorang yang cantik, berperwatakan menarik, tidak sombong dan peramah serta masih mengamalkan ciri-ciri wanita muslimah dalam kehidupan sehariannya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat. 

   “Jangan di layan sangat si Johan tu Cik Ayu, dia tu perasan sendiri sahaja,” sampuk Siti, seorang lagi pekerja di Syarikat itu. 

   Cik Ayu hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Tanpa menghiraukan Johan, Cik Ayu terus meluru masuk ke dalam bilik pejabatnya. Dalam bilik itu, Cik Ayu termenung panjang mengimbau kembali kisah lalu yang tak pernah dia lupakan. Kisah cintanya yang tidak seorang pun dia pernah ceritakan. 

   “Hei lelaki, kau tak payah lah nak tunjuk baik kau kat sini. Kau tak payah nak nasihatkan aku tentang semua tu. Aku tahu la apa yang aku buat. Suka hati aku la. Buat apa kau nak menyebok sangat!!’ bentak Ayu keras. 

   Tersentak Rizal dengan jeritan suara Ayu yang kuat sehingga menyebabkan pandangan semua orang tertumpu pada mereka di cafeteria itu. 

   “Astagfirullahhalazim,” bisik Rizal dihati untuk menjinakkan kesabarannya. 
   Sedaya upaya dia bersabar kerana dimalukan oleh perempuan di depan semua orang tadi. Ayu bergegas meninggalkan Rizal berseorangan di cafeteria itu tanpa menjamah makanan yang sudah terhidang di atas meja. 

   Rizal dan Ayu merupakan kawan baik semasa berada di Universiti. Mereka belajar dalam sekolah yang sama dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, dan sedang berada di tahun akhir pengajian. Sejak daripada peristiwa Rizal menegur cara pemakaian Ayu yang tidak menutup aurat dengan baik dan tidak mengenakan hijab itu, membuatkan hubungan mereka menjadi renggang. 

   Mereka tidak bertegur sapa walaupun kadangkala Rizal mencuba untuk mendekati Ayu semula. Namun Ayu sentiasa menjauh daripadanya, seakan langsung tidak berniat untuk memperbaiki hubungan mereka semula. 

  Rizal seorang lelaki yang sederhana, warak dari segi agama, baik budi pekertinya, peramah dan selalu membantu sesiapa sahaja yang berada di dalam kesusahan. 

   “Ayu, Zal rasa Ayu lebih cantik bila mengenakan tudung, berpakaian yang baik dipandang serta mengikut ajaran agama Islam ayu. Zal bukan apa, Zal Cuma nak bantu Ayu supaya tidak terus terjerumus dan bergelumang dengan dosa sendiri.“ Masih terngiang-ngiang lagi perkataan yang Rizal katakan terhadap Ayu pada hari itu. Timbul tanda tanya di hati Rizal. 

   “Salahkah apa yang aku katakan?” 
  Rizal bermonolog sendirian setelah mengimbas kembali kata-kata terakhir yang dia lafazkan kepada Ayu. 

  “Ayu, kenapa kau sudah tidak rapat dengan si Rizal tu. Aku tengok kalau dulu kamu berdua selalu saja bersama-sama. Kamu bergaduh ke?” 

  “Memang pun. Aku tak suka bila ada orang yang nak mengajar aku tentang kehidupan. Aku nak hidup bebas tanpa berpegang dengan mana-mana peraturan pun. Kau nak tahu Imah, adakah patut dia suruh aku pakai tudung la, tutup aurat la. Rimas aku dibuatnya tau.” 

  Ayu sungguh-sungguh berpegang dengan prinsip hidupnya sendiri. Jelas sekali Ayu seorang yang keras kepala dan tidak suka dikongkong. Dia lebih suka buat sesuatu dengan cara dia tersendiri. 

   “Ehh..ehh.. Kau ni Ayu, pasal tu saja kau nak bergaduh dengan si Rizal tu? Rizal tu baik kau tau tak. Memang betul la apa yang dia cakapkan tu. Mungkin dia bagi kau nasihat sebab dia sayang kau,” Fatimah mendekati Ayu sambil memegang bahunya. 

   “Esh! Tolong la Imah. Kau dengan mamat poyo tu sama saja, Sudah la, lebih baik aku keluar pegi beli barang-barang keperluan aku daripada melayan lawak bodoh kau.” 

   Ayu terus meninggalkan Fatimah tanpa memperdulikannya. Ayu rasa tidak ada orang pun yang memahaminya. Fatimah hanya mampu mendiamkan diri sahaja, demi menjaga hubungan persahabatannya dengan Ayu. 

………………………………………………………………………………………………………......

   Waktu hampir lewat malam, semasa Ayu melalui satu lorong yang sunyi, dia merasakan yang dirinya sedang diekori oleh orang. Jantungnya berdegup rancak. Langkahnya sengaja dipercepatkan. Tiba-tiba muncul dua orang lelaki bersama pisau lipat yang digenggam kemas di tangan. 

   “Heeyyy perempuan. Jangan jerit, kalau tak kami bunuh,” kata salah seorang lelaki yang sedang berdiri di hadapan Ayu. 

   Serta merta wajah Ayu bertukar menjadi pucat. Tubuhnya mengigil ketakutan. Dia hendak menjerit sekuat hatinya, tapi takut dengan ancaman yang di nyatakan oleh lelaki yang tidak dikenalinya itu. 

   “Buukkkk!” satu bunyi kuat yang menyebabkan Ayu pengsan tidak sedarkan diri. 

…………………………………………………………………………………………………………..

   “Fatimah…..Mana Ayu??” Tanya Rizal pada Fatimah yang sudah berada di Hospital pada ketika itu. 

 “Dia masih ditahan di wad oleh Doktor Rizal,” jelas Fatimah teresak-esak kerana menanggis setelah mendapat berita daripada pihak Hospital mengenai rakan sebiliknya itu. 

   Walaupun Ayu kadang-kadang melayan dia dengan kasar, tapi Fatimah tetap menyayangi Ayu sebagai kawan yang baik.

   “Apa yang telah terjadi Fatimah? Kenapa dengan Ayu?” Rizal cemas menanyakan soalan tersebut. Masa itulah terbukti bahawa dia masih lagi mengambil berat tentang Ayu. 

   “Aaa…..aaaa….yuuuuu…” serba salah Fatimah hendak menceritakan kepada Rizal. 

   “Kenapa Fatimah?? Cakaplah Fatimah!” Rizal semakin berdebar.

 “Ayu telah dirompak, diculik dan diperkosa Rizal,” akhirnya terpaksa juga Fatimah menceritakan perkara tersebut kepada Rizal. 

   Rizal tampak terperanjat dan sedikit hampar. Mukanya juga sedikit-sedikit menampakkan kemarahan, bagai hendak menuntut bela terhadap apa yang berlaku kepada Ayu. 

   “Astagfirullahhalazim….” 

  Dia menarik nafas panjang sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang terdapat ditepinya. Tanpa di duga, airmata Rizal mengalir, sambil dia melafazkan Istighafarnya berulang ulang kali. Dia tidak habis-habis menyalahkan dirinya. 

  Entah kenapa tiba-tiba dia mengalirkan airmatanya, mungkin kerana dia sayangkan Ayu. Walaupun Ayu pernah melayan dia dengan buruk, tapi Ayu juga pernah menemani hari-hari hidupnya. Dia sememangnya rapat dengan Ayu. Dia simpati terhadap nasib yang menimpa Ayu. Rizal dapat merasakan penderitaan yang Ayu alami akibat daripada kejadian yang menimpa dirinya itu. 

   Fatimah sayu melihat tingkah laku Rizal. Belum pernah lagi sebelum ini dia melihat lelaki itu mengalirkan airmatanya. Fatimah dapat mengagak yang Rizal sayangkan Ayu, tapi dia tidak dapat pastikan tentang sejauh mana nilai kasih sayang Rizal itu. Pada masa itu, Fatimah dan Rizal hanya membisu seribu bahasa, menanti keputusan daripada Doktor yang bertugas untuk memberikan rawatan kepada Ayu.

   Setelah 20 minit berlalu, seorang lelaki berpakaian putih bersama-sama dengan dua orang Jururawat perempuan keluar daripada bilik rawatan itu. Rizal bergegas bangun untuk bertanyakan keadaan Ayu. 

   “Doktor, bagaimana keadaan kawan saya Doktor?” sambil itu sempat dia menyapu sisa-sisa airmatanya yang berguguran sejak tadi. 

   “Kawan kamu terpaksa kami tahan buat seketika, kerana keadaan dia belum stabil lagi. Tapi kemungkinan esok dia boleh sudah keluar daripada wad tahanan. Kawan kamu mungkin mengalami trauma di atas kejadiaan yang menimpa dirinya, dan saya harap kamu boleh membantunya dan memahi situasinya.” Jelas Doktor dengan riak wajah yang serius.

   “Baiklah Doktor. Saya akan bantu kawan saya. Terima Kasih banyak Doktor kerana sudi membantu,” Rizal berkata sambil menghulurkan tangannya kepada Doktor tersebut untuk berjabat. 

   “Sama-sama. Itukan sudah menjadi tugas saya sebagai. Baiklah, jumpa lagi. Jika ada apa yang kamu perlukan, beritahu saja pada Jururawat yang ada dekat sini.” Doktor itu menjawap sambil menyambut tangan Rizal dan bersalaman. 

   Selepas itu, Doktor itu pun pergi meninggalkan Rizal dan Fatimah berdua di sana. Fatimah yang dari tadi hanya membisu lantas mempelawa Rizal untuk masuk ke bilik rawatan tempat Ayu sedang dirawat bersama-sama dengannya. Rizal dengan rela menurut permintaan Fatimah.

   Kelihatan Ayu sedang duduk sambil memeluk lututnya sendiri sambil menangis teresak-esak. Fatimah dan Rizal saling berpandangan. Cepat-cepat Fatimah mendapatkan Ayu dan seraya memeluknya. 

   “Ayu…banyakkan bersabar ya. Aku akan sentiasa menemani kau Ayu.” Fatimah turut menanggis teresak-esak sambil memeluk erat sahabat baiknya itu. Manakala Rizal hanya menjadi pemerhati di situ. 

   “Aku menyesal Imah. Aku menyesal!” bentak Ayu seperti orang yang kehilangan waras akal fikiran. 

   “Maafkan aku Imah andai selama ini aku banyak buat salah kepadamu. Maafkan aku…..” 

  Ayu terus menangis teresak-esak. Kedengaran suaranya putus-putus. Airmatanya bercucuran tanda kecewa. Saat ini dia mula sedar akan kesilapannya. Sementara itu, dia tidak perasan yang Rizal turut ada di situ sambil berdiri dan memerhatikannya daripada tadi. 

   “Sudahlah Ayu. Kita lupakan saja perkara yang dah berlalu. Aku tetap maafkan kau Ayu. Kau kawan baik aku sampai bila-bila.” Fatimah cuba menenangkan Ayu. 

   “Sabarlah Ayu,” kedengaran suara Rizal membuka bicara. 

   Terperanjat Ayu apabila mendapati yang Rizal juga ada di situ. Dia memandang wajah Rizal dengan pandangan orang yang bersalah. Dia tahu yang dia banyak buat salah kepada Rizal.

   “Rizal... Maafkan aku Zal. Aku juga terlalu banyak buat salah kepada kau! Aku jahat dengan kau Zal. Aku jahat…” Airmata Ayu semakin banyak bercucuran.

   Suasana di dalam bilik itu di lubungi kesedihan. Fatimah belum lagi melepaskan Ayu daripada pelukkannya. Rizal pula hanya memandang, buntu akan apa tindakan yang patut dilakukannya. Ayu masih lagi bergelumang dengan kesal dan kesedihan, tak mampu menahan sebak terhadap apa yang terjadi kepadanya. Dia benar-benar kecewa dengan takdir yang menimpa dirinya. Tapi dia tahu yang dia tidak mampu melawan ketentuan Allah s.w.t. 

   “Ayu, aku tinggalkan kau dengan Rizal sekejap ya,” tiba-tiba Fatimah memulakan semula perbualan setelah Rizal hanya membisu tanpa memberikan respon kepada Ayu. Fatimah seakan mengerti akan apa yang nak diluahkan oleh Rizal kepada Ayu.

   “Tapi Imah…” 

“Ahhh... Aku pergi sekejap je, nanti aku balik la. Mungkin ada sesuatu yang hendak Rizal katakan padamu!”

   Ayu hanya mampu menurut kata-kata Imah. Imah pun segera melepaskan Ayu daripada pelukkannya, bangkit daripada katil sakit tempat Ayu berehat, dan terus berlalu sambil memberikan isyarat kepada Rizal untuk menyambung perbualan dengan Ayu.

   Rizal faham akan isyarat yang diberikan oleh Fatimah. Sesudah Fatimah keluar daripada bilik itu, Rizal mendekatkan diri kepada Ayu. 

   “Ayu… Sabar ya. Zal dah lama maafkan Ayu.” Rizal cuba menenangkan Ayu yang semakin kuat esakan tangisannya, sehinggakan membuat wajahnya kedut menahan bunyi tangisan. 

   “Ayu dah takde apa-apa lagi Zal. Ayu dah tak suci lagi. Ayu dah kotor!” 

   Semakin dahsyat tangisan yang dizahirkan oleh Ayu. Rizal binggung, tak tahu bagaimana hendak menenangkan Ayu. Mana mahu dia untuk memeluk Ayu. Bukan kerana Ayu sudah tidak suci lagi, tapi memang dia merupakan seorang lelaki yang mempunyai ilmu agama yang tinggi dan menerapkannya di dalam kehidupan sehariannya.

   “Ayu… Banyakkan bersabar ya. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Allah sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Zal faham keadaan Ayu sekarang. Imah dah ceritakan pada Zal tadi. Zal simpati atas apa yang terjadi dengan Ayu,” 

   Rizal juga tidak mampu menahan sebak melihat Ayu, lantas airmatanya keluar lagi. 

   “Lepas ni tiada siapa yang akan mahukan Ayu lagi Zal! Ayu tak mahu teruskan hidup ini.” 

   “Astagfirullahhalazim... Hidup ini harus diteruskan Ayu, bersyukurlah kerana Allah s.w.t masih memberi peluang kepada Ayu untuk menemui jalannya. Gunakan peluang ini untuk bertaubat Ayu. Zal sedia membantu Ayu,” Rizal kelihatan bersungguh-sungguh. 

   “Siapa kata takde orang dah yang nak kat Ayu?! Zal kan ada,” Rizal cuba untuk memujuk Ayu. Ayu memendang Rizal dengan seribu persoalan. 

   “Apa maksud Zal?” Ayu cuba mencari jawapan kepada persoalan yang wujud sebentar tadi.

  “Zal sayangkan Ayu. Sudah lama Zal menyimpan perasaan terhadap Ayu. Sebenarnya Zal nak luahkan hari tu. Masa kali terakhir kita berjumpa di cafeteria, namun mungkin belum sampai masanya. Zal sedikit kecewa bila Ayu tergamak meninggalkan Zal, tanpa sempat Zal menjelaskan semuanya pada Ayu. Tapi perkara itu, Zal anggap semuanya salah Zal. Zal tak pernah salahkan Ayu, sebab Zal tahu mungkin Allah s.w.t. belum membuka lagi hati Ayu untuk berjalan di jalan yang lurus.” 

   Terkedu Ayu mendengar luahan hati Rizal. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Rizal seorang lelaki yang baik dan setia. Rizal seorang yang terlalu jujur baginya.

   “Zal sayangkan Ayu sebagai seorang yang istimewa di hati Zal. Zal menasihati Ayu agar dapat membawa Ayu ke jalan yang benar bersama-sama dengan Zal. Zal cintakan Ayu. Biarlah Zal bertanggungjawab atas semua kejadiaan ini Ayu. Zal rela demi Ayu. Zal tak sanggup melihat orang yang Zal cintai menderita. Walaupun Zal sedikit kecewa dengan apa yang telah berlaku kepada Ayu, tapi Zal tak salahkan Ayu. Semua ini merupakan ketentuan daripada Ilahi. Kita tidak mampu melawan kekuasaannya. Zal yakin, pasti ada hikmah di sebalik semua ni Ayu.” 

   Rizal kelihatan tenang melafarkan segalanya. Sepertinya sudah lama dia nantikan untuk mengucapkan perkara itu. Dia tampak bersungguh. Sudah ada sedikit sinaran di dalam hati Ayu. Dia mula merasakan dirinya disayangi. Dia mula merasakan sesuatu yang berbeda. Dia melupakan seketika peristiwa yang melanda dirinya. 

   “Zal tak menyesal ke pilih Ayu? Ayu da tak suci lagi Zal!” 

   “Ayu, Zal cintakan Ayu bukan kerana semua tu. Apa yang penting, Zal nak menghabiskan sisa kehidupan ini bersama Ayu.” 

   “Zal takkan menyesal Ayu, sebab Ayu merupakan pilihan Zal. Zal janji akan menerima Ayu seadanya dalam hidup Zal.” Ayu mengalirkan airmata tanda terharunya di atas pengakuan yang di buat oleh Rizal.

   “Terima kasih Zal. Lepas ni Ayu janji akan berubah menjadi seorang wanita yang lebih baik. Ayu akan mengikut pesanan Zal. Zal tolong bimbingkan Ayu ya...”

   Terpancar sinaran kebahagiaan di mata Ayu sekaligus mengetepikan penderitaan yang di alaminya itu.

   Mereka saling berpandangan. Kedua-duanya memandang dengan pandangan cinta yang tulus. 

…………………………………………………………………………………………………………..

   “Tokk..tokk..tookk…” 

  Kedengaran bunyi pintu diketuk oleh seseorang. Terus sahaja Ayu tersedar daripada lamunannya. Dia menyapu airmata duka bercampur gembiranya itu, yanag mengalir keluar tanpa disedarinya.

   “Silakan masuk,” Ayu hanya memerhati pintu tersebut sambil menanti iannya dibuka. 

  Pintu dibuka. Kelihatan seorang lelaki berpakaian baju melayu dengan mengenakan kopiah putih berdiri di hadapan pintu. 

   “Assalammua’alaikum…” 

   “Astagfirullahhalazim… Abang!” 

   Ayu sangat terkejut apabila melihat Rizal berada di hadapannya. Rizal yang melanjutkan pelajarannya di Universiti Al-Azhar di Mesir kini sudah pulang membawa sinaran kebahagiaan kepada Ayu. Lantas rindu yang sekian lama bertapak di kalbunya terubat melihat kekasihnya kini berada di depan matanya…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan