NASI
LEMAK CITA- CITA KU
Adakah dunia ada keakhiran. Adakah
mentari tidak akan menyinari alam, hatiku hanya
ketakutan, aku takut untuk melangkah. “Fatin, apa lagi yang kau buat?
Eh, cikgu nak jumpa kau, bawa sekali kertas kerja projek akhir kau tue”, kata
Iqwan kepada Fatin. Fatin hanya mendiamkan diri dan terus membawa kerta kerja
menuju ke bilik guru. “Assalamualaikum
cikgu”, Fatin memberi salam kepada cikgu Rogayah yang mengajarnya sebagi guru
pendidkan seni visual. “Ha Fatin, mana kertas kerja cikgu nak tengok”, katanya
cikgu itu. Fatin memberi kertas kerja tersebut tanpa membicara. “ Fatin apa
benda awak buat ini? Ini tak lengkap, yang ini pula patut ada lukis kotak,
kerja apa ini Fatin, benda ini dah nak hantar awak pula yang tangguh-
tangguhkan, awak ingat sempat ke, kalau tak siap siapa yang awak susahkan, saya
jugakan, saya yang kena tolong siapkan untuk awak, kena temankan awak sampai
berpagi- pagi dekat bilik galeri itu kan”, bebelnya cikgu Rogayah kepada Fatin.
Fatin hanya diam dan hanya makan hati atas kata- kata cikgu Rogayah itu.
Kelompak matanya mula berkaca dan dia cuba mengangguk dan senyum dengan setiap
kata- kata tajam cikgu tersebut. Namun, tanpa memandang muka Cikgu Rogayah,
Fatin mengambil kertas projeknya dan terus beredar dari bilik guru itu. Dalam
perjalanannya menuju ke kelas, air matanya mula menitis. “Ya Allah, apa salah
aku, aku tahu apa aku buat”, rintih hati kecilnya. Fatin terus menyapu air
matanya dan masuk ke kelas untuk teruskan kerja- kerjanya.
Selepas selesai sesi persekolahan,
Fatin dan kawan- kawanya menunggu kereta sewa yang berhanpiran sekolahnya untuk
balik ke rumah. “ Adik, nak pergi mana?”, tegur seorang pak cik drebar kereta
sewa. “Saya nak pergi ke Kampung Apa- Apa pak cik”, balas Fatin sambil memberi
senyuman kepada pak cik itu. “Boleh lah adik kalau mahu, tapi pakcik ambil
upah RM 2.00 sebab masuk dalam kan?”,
katanya pak cik tersebut. “Iyea pakcik. Boleh lah pakcik”, katanya Fatin. Fatin
terus masuk ke dalam kereta itu. Dalam perjalanan tersebut, pak cik drebar itu
sangat banyak berbicara. Sampainya di halaman rumah, Fatin terus membayar
kepada pak cik itu dan terus berjalan menuju ke rumahnya. Assalamualaikum mak”,
Fatin memberi salam kepada emaknya yang sedang mengutip daun pisang untuk
membuat nasi lemak. “Walaikmussalam anak mak Fatin dah balik sekolah”, kata
maknya sambil menyambut huluran tangan anaknya untuk disalam. “Meh mak Fatin
tolong mak”, kata Fatin dengan meletakkan beg sekolahnya di atas tangga rumah.
“Tak pe lah Fatin, mak boleh buat, pergilah kamu tukar baju sekolah , mandi dan solat lagipun, adik
dah balik tu, pergilah makan sekali”, balasnya mak. “Baiklah mak, nanti kalau
ada apa- apa, panggil Fatin yea”, kata Fatin sambil melangkah menuju ke tangga
rumah. Selepas selesai makan, Fatin terus membuka kertas projek akhirnya, seharian
Fatin menyiapkannya dengan semampunya. “ Fatin macam mana kertas kerja projek
akhir kamu, dapat beli kertas lukisan kamu?”, tanyanya mak kepada Fatin.
“Alhamdulillah dapat mak, duit yang mak bagi pagi taki tu dah cukup mak”, kata
fatin kepada maknya dengan penuh yakin. “Kalau ada masalah apa nanti, cakap
dekat mak, mak tak nak seperti minggu lepas sampaikan cikgu datang ke rumah dan
cakap macam- macam pasal kamu. Nanti apa- apa masalah mak akan usahakan”,
sambungnya maknya lagi. “ Mak, tak payah susah- susah, mak patut rehat- rehat,
dah penat mak cari duit untuk kami, kalau ada apa- apa nanti, Fatin boleh
usahakan lagipun, duit upah mengasuh cucu Mak Cik Aini tu masih ada lagi, mak
tak payah susahkan lah, mak kena rehat”, kata Fatin sambil mata nya khusyuk
melakukan kerja. Namun, kalau nak ikutkan hati memang sakit kerana Cikgu
Rogayah suka bertindak kasar. “Iyelah Fatin, mak tak nak kamu semua rasa apa
yang mak rasakan, cukup lah biarkan mak je yang rasakan. Mak nak tengok anak-
anak mak hidup dengan berjaya dan cukup dengan segalanya”, kata mak sambil
menyapu air mata. “Ini semua dah lebih cukup mak’, kata Fatin tanpa mengerti
maksudnya itu sambil memeluk emaknya. Maknya membalas pelukkan satu- satu anak
perempuannya itu. “Mak, jom la tidur”, tiba- tiba terdengar suara kecil
memanggil yang sedang memegang bantal di
tepi pintu bilik. “Iye la adik, jom tidur”, kata maknya sambil memipin tangan
adiknya itu. Fatin meneruskan balik kerja- kerja lukisannya itu sehingga lewat
malam.
Pagi itu seperti biasa Fatin
akan bagun awal menolong emaknya menyediakan sarapan untuk adiknya dan juga
membungkus nasi- nasi untuk dijual. “Fatin, mak rasakan lebih baik kau tinggal
dekat asrama dan tak perlulah naik pengangkutan bas atau kereta sewa lagi
lagipun pasal semua ini mak boleh uruskan seorang diri”, katanya mak. “Tapi
mak, Fatin…”, belum sempat Fatin habis berbicara, emaknya memegang bahunya
sambil membantah kata- kata anaknya itu. “ Mak tak nak Fatin berusah- susah
naik pengangkutan sewa, mak risau kalau apa- apa yang terjadi. Lebih baik Fatin
tinggal di asrama. Keselamatan Fatin akan terjaga nanti”, Mak berkata sambil
berlalu pergi untuk menghantar adiknya ke sekolah.
“Abang Fahmi jangan lupa hantar
makanan jualan mak dekat kedai seberang yea”, jerit Fatin kepada abang
sulungnya. “ Iyea. Abang nak hantar ni. Fatin tak payah naik bas hari ini biar
abang hantarkan lagipun abang nak lalu depan sekolah Fatin juga”, katanya Fahmi
kepada adik perempuannya yang tunggal. “Aik, abang nak pergi mana ?”, tanya
fatin kebinggungan. Abangnya hanya senyum apabila mendengar kata- kata adiknya
itu. “Ada lah tempat abang nak pergi dik. Dah siap, jom. Tolong ambilkan helmet
dekat belakang”, pintanya Fahmi kepada Fatin. Fatin tidak berkata apa- apa dan
menuruti kata- kata abangnya. Sampai sahaja di sekolah, sebelum masuk ke kelas
Fatin akan menunggu kawannya baiknya iaitu Najla. “Najla”, panggilnya Fatin apabila melihat
kelibat Najla menuruni kereta yang dinaikinya. “Fatin, tak yah tunggu, kesian
kamu duduk kat sini sendirian”, kata Najla sambil memegang tangan Fatin. “Ala, tak pelah , lagi pun Fatin baru
jew sampai, hehehe.., Jomlah masuk ke kelas Najla”, kata Fatin sambil mengheret
tangan Najla. “Iyea lah , tak nak sarapan dulu, nie Najla ada bawa sedikit kuih
untuk kita berdua”, kata Najla. “Emmm, jom- jom. Nanti masa break nanti, kita
makan nasi. Fatin ada bawa nasi untuk kita berdua”, Fatin menujukkan beg
plastik yang berisi dua bungkus nasi berlauk. “Wow, bestnya, Fatin masak
sendiri ke ??, lama tak rasa”, kata Najla
dengan perasaan teruja kerana sudah lama tidak merasakan masakan
kawannya itu sendiri. “Tidaklah, Fatin ambil yang dah disediakan oleh mak diatas
meja.” kata fatin sampai ketawa melihat muka Najla yang kelihatan kecewa. “Jangan
lah, besok Fatin bawa nasi lemak yang Fatin masak.” sambung kata Fatin lagi
untuk memujuk sahabat baiknya itu. “Betul,!, janji?”, kata Najla dengan
perasaan teruja. “Iyea la, tak bohong, sumpah.” Fatin berkata sambil mengangkat
tangan sebagai tanda sumpah. Najla memandang Fatin dengan senyumannya yang
sedikit memberi makna tanya kepada Fatin. Mereka terus meletakkan beg dan terus
bersarapan di kantin.
Pada petang itu, selepas sesi
persekolahan pagi, Fatin membeli makanan semasa rehat untuk kelas tambahan
petang itu. Fatin membeli di kantin seorang diri kerana Najla telah lama keluar
bersama kawan sekelasnya yang lain. Semenjak di tingkatan 5 ini, Najla tidak
larat ke kantin dan lagipun Najla masih berasa kenyang kerana makan nasi masa
pagi dan rehat tadi. Sesi kelas tambahan petang itu, Fatin dengan tekun
mendengar setiap patah perkataan yang dibicarakan oleh Cikgu Balqis yang
mengajarnya sebagai Bahasa Sains di aliran kelas Kesusasteraan itu. “
Assalamualaikum cikgu”, tiba- tiba datang seorang pelajar memberi salam. Cikgu
Balqis menjawab salam dan menghampiri pelajar tersebut. Pelajar tersebut
menceritakan sesuatu yang berlaku dan
Cikgu Balqis seperti mengangguk- angguk kepalanya seperti ada sesuatu perkara
buruk telah terjadi. Namun, dengan tiba- tiba Cikgu Balqis memanggil Fatin
untuk mengikutinya ke Bilik Guru Besar. Apabila sampai di bilik Pengetua, Fatin
telah diperjelaskan satu persatu apa yang sudah terjadi. Apabila mendengar
khabar tersebut, air matanya menitis dan dia terasa seperti bumi yang dipijak
sudah terbelah empat.
Sampai sahaja di rumah, Fatin terus
menjerit memangil emaknya tanpa menghiraukan orang kampung dan terus menaiki
tangga usang rumahnya lalu menghampiri jenazah ibu kesayangannya itu. Fatin
meronta- ronta memanggil emaknya tanpa difahami oleh adik bongsunya itu. Ramai
orang kampung memujuk Fatin termasuk abang sulungnya itu. Namun, akhirnya Fatin
telah termakan dengan pujukan abang sulungnya. Mereka menuju ke dapur sambil diperhatikan oleh beberapa orang yang
yang berada di sekelilingnya. “Adik sabarlah, abang selalu akan berada di
samping adik- adik abang. Abang takkan biarkan adik- adik abang bersendirian,
abang janji, apa yang abang makan, begitulah juga adik- adik abang”, kata Fahmi
memberi semangat kepada adiknya itu. Fatin hanya mendiamkan diri dan hanya
memandang wajah abangnya itu.
Semenjak
pemergian arwah emaknya selama 40 hari, Fahmi tidak pernah mengabaikan adik-
adiknya. Dia berkerja keras untuk menyara kedua-dua adiknya itu malahan Fatin
juga tidak berhenti meneruskan kerjaya Nasi Lemak arwah emaknya itu. Malahan
bagi Fatin, tiada kurangnya rezeki kerana Nasi Lemak itulah memberi rezeki
kepada keluarganya sehingga kini. Fatin juga lebih arif tentang pengurusan
masanya di awal pagi sehinggalah munculnya bulan di langit. Dia dapat
membahagikan masanya di waktu belajar dan berhasrat ingin mendapat
kecemerlangan dalam peperiksaan SPM yang hanya tingagal selama 2 bulan lagi.
Pada malam itu, kedengaran pintu rumah diketuk mengejut Fatin dan Fahmi yang
leka dengan kerja masing- masing. Fahmi memandang Fatin mengarahkan membuka
pintu rumahnya itu. Fatin membuka pintu
rumahnya itu dan terpampar dua orang perempuan dan seorang lelaki dengan
berpakaian seragam bersama ketua kampung yang kelihatan begitu kemas sekali
pemakaian. “Assalamualaikum” diberi salam oleh seorang lelaki berusi 40-an.
“Iya ada apa Encik dan Puan datang ke rumah saya” kata Fatin seperti satu
perasaan yang kurang aneh bermain difikirannya. “Kami daripada Jabatan Anak
Yatim menerima laporan tentang sebuah rumah yang dikediami oleh tiga adik-
beradik, betul ke ini rumahnya?” tanya pengawai itu. “Iyea,” kata Fatin seperti
tergagak menjemput pengawai bertiga itu naik ke rumah. Fahmi yang rasa hairan
terus bagun dari tempat duduk menuju ke ruang tamu hadapan. Fahmi dari jauh
sudah merasai perkara sebegini akan terjadi dengan dirinya hanya bekerja di
Pejabat Pos menyara adik- beradiknya yang masih bersekolah. “Maaf Encik dan
Puan, seeloknya lebih baik Encik dan Puan mmeninggalkan rumah ini segera, saya
sebagai abang sulung di dalam keluarga ini, tidak memerlukan bantuan apa- apap
daripad pihak mana- mana pun. Selagi nyawa saya masih tergantun di jasad, saya
masih boleh menyara adik- adik saya”, kata Fahmi belum sempat Pengawai-
pengawai itu mengulaskan tentang tujuannya datang malam itu. Fatin hanya diam
dan memerhatikan. Usianya 17 tahun itu juga sudah matang bagi dirinya untuk
cuba menyara keluarganya daripada dipecah belah. “Maafkan saya, tujuan saya
datang ingin memastikan anak- anak yatim tidak terbiar dan mendapat secukup
lengkap keperluan kehidupan dari segi persekolahan”, jelas seorang perempuan
yang kelihatan lebih muda daripada perempuan disebelah kirinya. “Ok kamu semua
sudah lihat keadaan kami, sekarang kamu semua boleh balik. Tolonglah jangan
memecah belahkan kami. Susah senang kami akan usahakan sendiri. Saya sebagai
abang mereka, tidak akan membiarkan adik- adik saya disentuh walaupun sebesar
zarah”, jelas Fahmi lagi. Ketiga- tiga pengawai itu hanya diam. Tidak berkata
apa- apa. Takut untuk mengambil apa- apa tindakan dengan gelagat lelaki yang
berusia lewat 20- an itu dengan sungguh berani menengking mereka. “Baiklah,
kalau terjadi apa- apa kepada adik- adik kamu, kami tidak akan teragak- agak
lagi membawa mereka pergi dari sini”, jelas pengawai lelaki terus melangkah
pergi dari rumah itu. Tengah malam itu, Fatin tidak dapat melelap matanya terus
teringat peristiwa yang berlaku. Sungguh sedih jika semua ahli keluarganya
berpisah. “Dia akan berusaha untuk mempertahankan keluarganya” rintihnya Fatin
terus mendodoikan diri sendiri untuk memejamkan matanya itu.
Pagi
itu, seperti biasa, walaupun cuti sekolah Fatin akan bagun awal untuk
menyambung kerja arwah ibunya dengan menyediakan Nasi Lemak untuk dijual. Mujur
dirinya dapat membelajari Nasi Lemak ibunya yang tersohor di kampung itu. Mungkin
hatinya juga akan mewarisi cita- cita Maknya nanti. Selesai membungkus Nasi
Lemak, Fatin menyusun ke dalam raga yang telah tersedia dan mengejutkan abang
dan adiknya untuk bersolat jemaah. “Fatin, biar abang hantarkan semua bungkusan
Nasi Lemak itu nanti.” Fatin hanya diam dan mengangguk. Fatin hanya membiarkan abangnya melakukan
smeuanya. Dia harus memberi tumpuan kepada pelajarannya. Peperiksaan SPM mesti
dicapai dengan cemerlang untuk mengubah nasib keluarganya.
Bulan
berganti bulan. Fatin tidak pernah berputus asa untuk melakukan pelbagai
perkara. Kehidupan keluarganya harus bersatu padu. Tanggungjawabnya sebagai perempuan tunggal dalam keluarganya itu tidak
pernah diabaikan. Harian hidupnya seperti biasa. Fatin dapat menguruskan
semuanya dengan teratur walaupun ada kalanya abangnya membantah atas
tindakannya itu. Debaran pagi itu
sungguh menepuk dadanya. Dewan peperiksaan sungguh teratur dengan susunan meja
dan kerusi bersama sehelai kertas yang sudah ditampal mengikut nama calon.
Fatin memilih tempatnya yang tidak jauh daripada kawannya yang lain. Selama
beberapa minggu Fatin berusaha belajar dan menjawab peperiksaan. Selepas tamatnya peperiksaan SPM, Fatin
mengembangkan usahanya dalam bidang bungkusan Nasi Lemak di kampungnya. Bukan
sahaja setiap pagi bungkusan Nasi Lemak terhampar di atas meja makan, malahan
Fatin juga membuat tempahan untuk pelbagai hari majlis. Mungkin, hasrat keluarganya
akan tercapai. Fatin ingin mencapai cita- citanya dengan bergelar seorang Chef
Profesional. Bukan hanya di Malaysia. Tapi di luar Malaysia. Tidak mudah untuk mencapai tapi ia mudah jika
ada usaha dalam diri. Semenjak keputusan peperiksaan SPM diumumkan, Fatin mula
melangkah ke dunia luar. Ia terus menerima cabarannya dalam dunia masakan
walaupun keputusan SPM cemerlang untuk menjamin pekerjaan lebih baik tapi Fatin
meneruskan citanya dengan sebuah resepi keluarganya.
TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan