Khamis, 26 Mei 2016

SEJARAH ASAL USUL MASYARAKAT KAUM KADAZAN

Kadazandusun merupakan golongan etnik yang terbesar di Sabah. Masyarakat ini merupakan golongan petani tetapi dengan adanya perkembangan sosio-ekonomi yang dicapai oleh Negara Malaysia sekarang, masyarakat ini beransur-ansur beralih ke bidang perniagaan dan pertanian moden. Sebelum Sabah merdeka melalui Malaysia, masyarakat tersebut dikenali sebagai ‘Dusun’ iaitu nama yang diberi oleh orang luar kepada mereka. Setelah mencapai kemerdekaan, masyarakat tersebut telah menggunakan nama ‘Kadazan’ secara rasmi sebagai identity mereka. Tetapi oleh kerana masih terdapat etnik dari pendalaman yang berpendirian mendukung identiti ‘Dusun’ serta istilah ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ dipersatukan menjadi ‘Kadazandusun’ untuk memupuk dan menyatupadukan semangat kesatuan dalam kalangan mereka.

          Kaum Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang boleh diwarisi. Sebagai contoh, dari segi asal usul, legenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional termasuk berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun iaitu perayaan Pesta Keamatan yang diadakan pada setiap tahun. Legenda kelahiran kaum ini bermula dari “Nunuk Ragang” sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran suku kaum ke seluruh Sabah. Mengikut statistic, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusu. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Pakaian pula berbeza mengikut kawasan dan sosiobudaya suku kaum Kadazandusun. Tumpuan lebih tertumpu kepada corak pakaian dalam perayaan tersebut.


    Muzik yang ditonjolkan dalam suku kaum ini amat menarik dan unik. Alat -alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi akan datang. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam penduduk setempat. Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya suku kaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap hujung bulan Mei dalam setiap tahun. Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun telah ditonjolkan dan dipamerkan.


SEJARAH TARIAN SUMAZAU

Tarian Sumazau merupakan sejenis  tarian  tradisi bagi masyarakat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan  seluruh Malaysia.Tarian ini merupakan tarian tradisi    yang sering dipersembahkan pada pestaTadau Keamatan yang membawa maksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan oleh petani-petani yang sedang berehat semasa musim menuai.Tarian yang kebiasaan ditarikan oleh penari adalah memenuhi pelbagai fungsi.Sebagai contoh, tarian  Sumazau ditarikan adalah untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menaman dan menuai padi.  menyemai semangat dan mengubati penyakit. Tarian ini ditarikan oleh kaum petani yang  terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan serta paluan gong, yang kebiasaannya menggunakan sebanyak 6 atau 7 buah gong yang berbagai ukuran dan juga menggunakan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua belah tangan diangkat keparas bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap kumpulan burung helang mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari menghadap antara satu sama lain dan mereka akan menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari, tangan penari akan dikepakkan keluar dan gerakannya akan kelihatan turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.Namun tujuan "Bambaazon" (semangatpadi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum  lelaki  dan perempuan biasanya akan memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas  serta manik. Penari perempuan akan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Manakala penari lelaki pula biasanya akan memakai tajak serta memakai pakaian serba hitam dan menyendang daun salad kering. Kini tarian Sumazau telah dipersembahkan untuk majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan yang ditarikanolehsemua orang yang hadir tanpa mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan