MAKANAN TRADISI TERKENAL DI EMPAT BUAH NEGERI
- A) NEGERI
JOHOR ( TELUR PINDANG)
Telur
pindang merupakan makanan warisan Negeri Johor yang telah dibuat oleh sebuah masyarakat lama
Negeri Johor terutamanya kaum Jawa. Mengikut
sejarah, Telur Pindang ini dikatakan sebagai bekalan makanan para pedagang di dalam perjalanan yang jauh kerana ketahanan telur pindang daripada basi atau
busuk melebihi dua minggu. Telur pindang ini biasanya akan dimasak selama
berhari- hari paling minimum ialah 3 hari 3 malam atau paling maksimum 7 hari 7
malam dengan air rebusan yang mengandungi bahan- bahan campuran halba yang
meweujudkan aroma serta rasa yang unik. Bagi masyarakat Negeri Johor, telur
pindang ini dijadikan sebagai cenderahati di majlis perkahwinana, cukur jambul,
pertunangan, dan sebagainya. Bagi di majlis perkahwinan, telur pindang ini
dijadikan sebagai isian di dalam bekas bunga telur dijadikan sebagai bahan hantaran pengantin
atau diberikan kepada tetamu yang hadir.
Resepi Telur Pindang
Bahan-bahan:
• telur 90 biji
• daun & batang
serai 15 batang & daun
• daun jambu 10
tangkai x 12-15 helai daun pucuk
• daun kunyit 6
helai
• daun senduduk 10
tangkai x 15 helai daun
• daun mengkudu 5
tangkai x 10 helai daun
• jintan manis 100
gram
• jintan kasar 100
gram
• ketumbar 200 gram
• bunga cengkih 100
gram
• kulit bawang 10
gengam
• garam 800 gram
• gula batu 750 gram
• gula merah 200
gram
• kicap masin 100ml
• cuka 200ml
Cara penyediaan:
• Basuh daun dan
susun batang dan daun serai, jambu, senduduk, mengkudu serta kulit bawang
sebagai lapisan pertama.
• Letakkan satu
susunan telur (30 biji) mengikut saiz periuk di atas lapisan daun.
• Campurkan gula,
garam dan rempah (ketumbar, jintan manis, jintan putih, kayu manis, bunga
cengkih) yang ditumbuk dan masuk ke dalam bekas air (satu gelas).
• Tuangkan campuran
air rempah itu di atas telur
• Ulang langkah 1 –
4 untuk lapiskan ke dua, ketiga dan keempat.
• Tutup lapisan
telur terakhir dengan susun batang dan daun serai, jambu, senduduk, mengkudu
serta kulit bawang.
Kaedah merebus:
• Isi air sehingga
menutupi paras lapisan telur teratas.
• Gunakan api kecil
yang minimal untuk rebusan selama 9 jam.
• Tambah air apabila
paras susut pada lapisan akhir.
• Apabila cukup
tempuh rebusan, sejuk dan keluarkan air. Telur diangkat satu persatu dan dilap
dengan kain untuk menyisih bumbu yang melekat pada telur.
Nota tambahan:
Pilih telur kulit
yang tebal (Gred A)
Daun nangka dan
pucuk daun manggis boleh menjadi tambahan.
- B)
NEGERI KELANTAN (KUIH
LOMPAT TIKAM)
Menurut sebuah mitos, sejarah Kuih
Lompat Tikam ini berasal daripada kerajaan Majapahit yang ingin dipersembahkan
kepada kerajaan Kelantan pada sekitar tahun 1700. Semasa ingin dipersembahkan, beberapa orang
dayang membawa dulang- dulang yang dipenuhi dengan kuih berhati- hati. Namun,
seorang dayang telah tersadung dan tertikam pada bendul di Istana, lalu
melompatlah Sultan kerana terkejut. Oleh itu, daripada peristiwa inilah, Sultan
Kelantan merasminya sebagai Kuih Lompat Tikam.
Walau bagaimanapun, orang zaman dahulu menjadikan Kuih Lompat Tikam
sebagai manisan majlis berbuka puasa. Malahan sekarang, Kuih Lompat Tikam sudah
banyak dijual di pasar- pasar terutama Pasar Siti Khadijah untuk dijadikan
makanan di waktu pagi atau petang sebagai pemanis mulut. Kuih Lompat Tikam ini
mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung yang berwarna hijau di bahagian
bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini
akan dibuat dengan perisa tawar kerana ia akan dimakan bersama air nisan dengan
gula kabung.
Adunan kuih hijau
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 1/2 cawan air/ santan cair
6 helai daun pandan
secubit garam
cara- cara
- Daun pandan di potong kecil. Masukkan dalam pengisar dan kisar bersama 3 1/2 cawan air. Kemudian di tapis.
- Satukan tepung beras dan tepung jagung bersama air pandan dan gaul rata. Tambah secubit garam.
- Kemudian di tapis
- Masukkan dalam periuk dan masak sehingga berwap.
- Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10 minit
- Angkat dan biarkan sejuk
Adunan Putih / Kepala santan
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
secubit garam
2 sudu besar tepung beras
1 helai daun pandan (di simpul)
Cara- cara
·
Satukan semua bahan di atas dan
masak atas dapur dengan api perlahan sambil di kacau
·
Bila mendidih, tutup api dan biarkan
sejuk. Adunan ini tidak terlalu pekat. Kalau inginkan lebih pekat tambahkan
tepung beras.
Sirap Gula Melaka
1/2 cawan gula merah
1 buku gula Melaka
1 cawan air
sehelai daun pandan (Disimpul)
Cara-cara
·
Satukan semua bahan dalam periuk dan
masak hingga pekat
·
Angkat setelah masak dan tapis
Pulut Merah
1 cawan pulut
sedikit pewarna merah
1 cawan air atau santan cair
secubit garam
sehelai daun pandan (Disimpul)
Cara-cara
·
Rendam dahulu beras pulut bersama
pewarna merah dan air hingga kembang
·
Kemudian cuci dan dan bilas bersih
·
Satukan dengan santan cair, daun
pandan dan secubit garam.
·
Masukkan dalam periuk nasi dan tanak
hingga masak (boleh juga jika dikukus)
- C) NEGERI
KEDAH (KUIH GEDUNG CHAK)
Kuih
Gedung Chak merupakan sejenis kuih yang
berasal daripada Negeri Kedah yang diperkenalkan oleh penduduk Acheh
yang datang dan menetap dikawasan Daerah Yan, Kedah. Kemudian, dari situ orang-
orang Acheh membawa tradisi makanan mereka dan ia diterima dengan baik oleh
penduduk dikawasan tersebut . Bahkan secara tidak langsung, ia menjadikan kuih
Gedung Chak sebagai kuih tradisional Negeri Kedah yang diturun temurun resepinya
oleh Nenek Moyang mereka. Sehingga kini, kiuh Gedung Chak ini susah dijumpai
tetapi masih terdapat di kawasan Yan, Tanjung Dawai, Kota Kuala Muda, dan
beberapa daerah di Kedah.
BAHAN-BAHAN:
·
1 kg tepung pulut
·
500 gm tepung gandum
·
500 gm kelapa parut
putih
·
250 gm gula merah
·
250 gm gula putih
·
500 ml santan
·
500 ml air
·
Garam secukup rasa
·
Daun nipah untuk
membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air di dalam
periuk. Masukkan santan. Kacau rata.
2. Selepas itu masukkan
gula putih dan gula merah. Kacau lagi sehingga rata.
3. Kemudian masukkan
tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut muda dan garam. Kacau lagi sehingga
pekat.
4. Angkat dan sejukkan.
5. Ambil dua sudu makan
adunan dan letakkan ke dalam daun nipah.
6. Bungkus dan sematkan
dengan lidi atau stapler di hujungnya.
7. Bakar sehingga masak.
- D) NEGERI
SABAH (BAROBBO)
Barobbo
merupakan sejenis makanan tradisional yang berasal daripada Sulawesi Selatan.
Ia juga makanan khas yang diperbuat daripada Jagung yang dikenali “Biralle” oleh keturunan Makassar atau
“Arelle” oleh keturunan Bugis yang berasal daripada masyarakat Sulawesi
Selatan. Selain itu, Barobbo juga dikenali sebagai Bubur Jagung yang khas dihasilkan oleh masyarakat Sulawesi
Selatan di Tana Luwu. Makanan ini biasanya disajikan ketika berbuka puasa atau disajikan ketika berkumpul dengan ahli
keluarga.
Bahan bubur:
·
1 buah jagung manis
yang disisir halus
·
3 buah jagung manis
yang diparut
·
400 ml air
·
3 siung bawang merah
yang diiris tipis
·
2 siung bawang putih
yang diiris tipis
·
2 sdt garam
·
1 tangkai
seledri yang diiris tipis
·
½ ikat bayam yang
sudah disiangi
·
½ ikat kangkung yang
sudah disiangi
·
½ sdt merica bubuk
Bahan perkedel:
·
2 buah jagung manis
yang diparut
·
1 butir telur
·
50 gr udang kupas yang
dicincang halus
·
1 tangkai seledri yang
diiris halus
·
1 batang daun bawang
yang diiris halus
·
50 gr tepung terigu
protein sedang
·
Minyak untuk
menggoreng
Bumbu halus:
·
2 siung bawang putih
·
3 siung bawang merah
·
½ sdt merica bubuk
·
1 ¼ sdt garam
Bahan pelengkap:
·
1 buah ayam yang
digoreng dan kemudian disuwir-suwir
·
Bawang goreng untuk
taburan
Cara Membuat Bubur Barobbo :
- Bubur bisa dibuat dengan memasak jagung yang sudah disisir dengan air sampai mendidih.
- Masukkan bawang putih, bawang merah, merica bubuk dan garam ke dalam adonan jagung kemudian masak sampai matang.
- Tambahkan bayam, kangkung dan juga seledri kemudian masak lagi sampai sayuran matang dan layu.
- Untuk membuat perkedel kita bisa membuatnya dengan mengaduk rata bahan-bahan perkedel.
- Goreng perkedel dengan cara menyendok bahan perkedel ke dalam minyak yang panas kemudian goreng sampai matang.
- Sajikan masakan bubur dengan tambahan ayam goreng suwir, perkedel dan bawang goreng agar rasanya lebih nikmat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan