PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MASYARAKAT BAJAU KOTA BELUD
Pakaian tradisional masyarakat Bajau
bagi kaum lelaki ialah merangkumi baju, seluar, podong-podong (destar atau
tanjak), selendang dan samping. Ianya juga akan disertakan dengan aksesori lain
yang berbeza mengikut upacara.
Badu / Baju;
Badu
atau baju bagi lelaki masyarakat Bajau kebanyakkan berwarna kuning tetapi ada juga
yang warna lain. Satu sahaja warna yang tidak boleh dibuat baju iaitu warna
hitam kerana melambangkan kejahatan atau kegelapan dalam suku kaum Bajau. Oleh sebab itu, warna
hitam tidak digunakan untuk dibuat baju. Baju ini dihiasi dengan butang betawi
dibelahan hadapannya.
Seluar
Bagi masyarakat Bajau ia dikenali sebagai suart atau seluar. Seluar pula kebanyakkannya berwarna hitam tetapi kadangkala ada yang memakai seluar warna lain selain daripada hitam. Tapi yang selalu dipakai adalah berwarna hitam. Seluar tersebut dijahit dan disertakan dengan jalur yang dikenali sebagai insir-insir atau pucuk rebung di bahagian tepi seluar tersebut.
Podong-podong atau tanjak
· Podong-podong
dipakai atas kepala, ia juga lebih dikenali sebagai destar atau tanjak.
Pengunaan perkataan podong-podong hanya dalam suku kaum Bajau sahaja. Kain yang
digunakan untuk membuat podong-podong ialah kain dastar yang ditenun orang Iranum.
Ia hanya boleh diperolehi daripada orang Iranum sahaja. Setelah kain tenunan
tersebut ada,ia akan digubah menjadi podong-podong dengan menggunakan lidi.
Lidi tersebut akan dimasukkan ke dalam gubahan kain itu untuk menampakkan
kekemasan. Motif yang digunakan pada kain tenunan tersebut ialah insir-insir
(pucuk rebung) dan puncak. Manakala warna benang yang diguna untuk menenun pula
ialah merah, hitam, hijau, benang emas, putih dan oren. Warna dan motif yang
digunakan dalam setiap tenunan adalah sama.
Selendang/selempang;
Selendang juga dipakai oleh kaum lelaki bagi suku kaum Bajau. Motif yang diguna dan dijahit pada selendang tersebut adalah sama dengan kaum wanita. Motif yang digunakan adalah motif insir-insir, satuaur dan dasar. Warna pada motif tersebut juga ialah sama, tidak berubah.
Selendang juga dipakai oleh kaum lelaki bagi suku kaum Bajau. Motif yang diguna dan dijahit pada selendang tersebut adalah sama dengan kaum wanita. Motif yang digunakan adalah motif insir-insir, satuaur dan dasar. Warna pada motif tersebut juga ialah sama, tidak berubah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan