![]() |
Gambar Hiasan |
Pantun Cinta
Bunga mawar bunga kemboja
Indah dipandang harum baunya
Masuk melamar si anak dara
Sudah dirancang seisi keluarga
Air laut beralun tenang
Tanda cuaca baik sekali
Kasih terpaut bila memandang
Tanda cinta berputik lagi
Buah pinang tinggi pohonnya
Ditiup angin terjatuh sebiji
Cinta dan sayang tinggi nilainya
Mengikat ikatan kasih sejati
Terbang burung mencari makan
Hinggap di dahan si pohon jati
Datang berkunjung kekasih pujaan
Tidak tertahan kanda menanti
Awan mendung tanda nak hujan
Selepas hujan timbul pelangi
Cinta didukung setia tersimpan
Tanda ikatan kasih sejati
![]() |
Gambar Hiasan |
Pantun Tema Bebas
Tenang-tenang air di laut
Jangan disangkan tiada ombaknya
Senang-senang mulut menyebut
Jangan disangka tiada maksudnya
Sungguh indah pulau kayangan
Meskipun indah jauh tempatnya
Sungguh bisa katamu tuan
Meskipun bisa sopan bahasanya
Berjalan malam di tanjung todak
Jangan lupa membawa lampu
Biarlah macam orang yang bijak
Jangan pula bodoh melulu
Andai intan cantik parasnya
Masakan emas pilihan wanita
Dengar taulan rakan semua
Hiduplah berlandas ajaran agama
Kalau bukan kerana angin
Masakan pokok boleh bergoyang
Kalau bukan kerana terhingin
Masakan rokok dihisap orang
Oleh,
Wan Safrie Bin Oyong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan