KAU ISI BERHARGA
Hujan turun dengan lebat membasahi bumi Pahang.
Selepas selesai solat Isyak berjemaah, gelagat seorang budak perempuan menuju
kearah dapur untuk mengisi perutnya sambil diperhatikan oleh ibunya. “Nurul
Allisya Natrah Binti Ibrahim, mengaji al-Quran dulu baru boleh makan”, panggil
Puan Rasiqah sambil melihat gelagat anaknya yang membawa pinggang nasi ke meja.
“Alah mama, sekejaplah lapar ni, makan dulu lah baru mengaji’,balas Alliysa
sambil mengambil lauk ikan gulai tempoyak di dalam mangkuk. “Kalau macam inilah
perangai kau, sampai ke mati kau tidak dapat tamatkan bacaan al-Quran kau itu.
Erghhh .. apa nak jadi dengan perangai kau seorang ini menjadi- jadi
dibuatnya”,bebel Puan Rasiqah kepada Allisya. Allisya hanya mendiamkan diri dan
terus makan tanpa menghiraukan bebelan mamanya itu. “Alah aku baru berumur 15
tahun, ok lah lagipun sedikit saja lagi bacaan itu”, desik hati kecil Allisya
itu. Selesai makan, Allisya sudah lupa janjinya pada mamanya itu. Dia terus masuk
ke biliknya untuk belajar. Namun, tiba-tiba telefonnya berbunyi. “Kringg.. Krringg….,”
tanpa sempat angkat, telefon itu terus senyap. Allisya juga tidak menghiraukan
bunyian telefonnya itu dan dia terus membuka buku untuk mengulang kaji mata
pelajarannya. Beberapa saat kemudian, tiba- tiba telefonnya berbunyi untuk kali
kedua. Namun bukan panggilan tapi hanya sekeping mesej. Allisya terus mencapai telefon
lalu membacanya. “Hai awak, boleh kenal ?”, kata budak misteri tersebut. “Awak
tu siapa yang gatal mahu berkenalan dengan saya ?? sorry la yea awak, saya
tidak suka budak lelaki, saya suka perempuan.”, balas Allisya. “Saya pun sama, saya suka budak perempuan saya
tak suka budak lelaki. Awak dah ada boyfriend ?”, kata budak misteri itu. Allisya terkejut dan hairan apabila membaca
mesej tersebut. “ Aik ! lelaki ke perempuan
budak gila ini???”, kata Allisya tanpa membalas mesej tersebut. Namun, budak
misteri itu tak pernah berhenti menghantar mesej kepada Allisya dan macam-
macam mesej yang dihantar. Allisya pula tidak menghiraukannya malah dia terus
menyusun segala keperluan untuk ke sekolah dan selasai semuanya Allisya terus
tidur dengan nyenyak tanpa menghiraukan bunyian telefon bimbitnya itu.
“Morning guys”, jerit Allisya pagi
itu didalam kelas sehingga mengejut kawannya yang lain. “Morning juga sya”,
sapa kawan semejanya Sabrina atau panggilan manjanya Ina. “Morning Ina sayang”,
balas Allisya dengan gelagat manjanya itu sambil membuat flyerkiss. “Morning
sayang” tegur seorang lelaki yang bernama Hisyam dan ia juga merupakan kawan
rapat kepada Allisya. Allisya hanya membalas senyum kepada Hisham itu dan terus
berdiam. “Gila ke mamat ni, pagi- pagi bersayang- sayang”, kata Allisya kepada Sabrina. “Itu tandanya dia minat dekat kau la Allisya
Natrah oii, kau tu tak layan dia, kesian dekat dia” kata Ina. Allisya hanya diam
dan memerhati gelagat Hisham yang mejanya tidak jauh dari meja Hisham. “Ha..
kau pun minat dekat dia juga eh”,kata Ina yang telah mengejutkan Allisya yang sedang
memerhatikan Hisyam dari jauh. “Eeee…. Aku high class la, takkanlah aku boleh minat budak lelaki macam
dia tu”, kata Allisya. Sabrina terus
ketawa dengan kata- kata Allisya. Sepanjang kelas pagi itu, Allisya hanya diam
dan fokus kepada guru mengajarnya itu. Allisya sememangnya merupakan seorang
pelajar yang pendiam apabila guru sedang mengajar di dalam kelas. Namun bila
ketiadaan guru, dialah pelajar perempuan kuat bercakap dan suka bergosip. Bahkan, kebanyakkan semua
suka berkawan dengan Allisya kerana dia seorang perempuan peramah. Tapi kadang- kadang ada
juga yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan diri Allisya.
“Ring… ring !!!!! “, loceng
masa rehat berbunyi. Pelajar- pelajar akan berebut- rebut untuk membeli
makanan. Allisya dan kawanya sabrina tidak turun ke kantin dan dia mengambil
keputusan untuk menyiapkan kerja rumahnya. “Sya ! kau tak pergi makan ke atau
kau malas nak turun. Kau nak makan apa, aku boleh tolong belikan untuk kau ?”,
tegur Hisyam. Hisyam ini sememannya seorang yang suka menganggu ketenteraman
Allisya dan dia juga seorang peminat kepada Allisya semenjak dari tingkatan 2
lagi. “Tak lah saya tak lapar”, jawab Allisya acuh tak acuh. “Eh ! aku tanya
kau, acuh tak acuh je kau balas”, balas Hisyam dengan tiba- tiba muka menjadi separuh
masak. “ Eh Mohd Hisyam bin Asyaari ! aku tak kacau kau pun kan dan tiba- tiba kau mari tempat
aku buat kecoh , apa masalah kau ?”, balas Allisya dengan nada geram sehingga semua
pelajar yang lain tengok kearah mereka . Hisyam tidak berkata apa- apa, fikir
Hisyam memang salah dia menegur Allisya
dan tiba- tiba bercakap kasar dengannya. Namun Hisyam ingin membalas
kata- kata Allisya tapi takut nanti menjadi kes gaduh pula. Hisyam hanya berlalu
pergi tanpa memandang sedikit pun muka Allisya sehingga ia hilang dari
pandangan Allisya. Allisya rasa serba
salah dengan tingkah lakunya terhadap Hisyam walaupun bukan salahnya.
Selepas
masa rehat berlalu, Hisyam langsung tidak menegur Allisya malah pandang pun tidak
kepada Allisya. Ia membuat Allisya menjadi serba salah. Masa pulang dari sekolah, selalunya Hisyam akan menunggu Allisya untuk berjalan sama-sama tetapi kerana
kejadian itu, Hisyam tidak menghiraukan Allisya lagi. “Aduh!, mamat ini buat aku tekanan gila macam ini”, ucap Allisya sehingga di dengari oleh
kawannya. “ Apa Sya kau cakap? Kau cakap
dengan aku ke ?”, Tanya Sabrina dalam kebingungan. “Takda lah “, jawabnya
dengan selamber. Sejak hari itu, Hisyam tidak lagi menegur Allisya. Mereka
tidak pernah bercakap lagi semenjak kejadian kecil itu.
Peperiksaan PMR sudah pun
bermula. Debaran kian merasa dan tidak menyangkakan Allisya dapat meja
peperiksaan bersebelahan dengan Hisyam. Namun, Hisyam hanya menganggap dia macam orang yang tidak dikenali dan sepanjang
peperiksaan, Hisyam tidak pernah menegur Allisya. Tapi apabila Allisya menegur
Hisyam hanya jelingan dibalas oleh Hisyam. Hari terakhir peperiksaan PMR,
sebelum pulang Allisya sempat berjumpa dengan Hisyam dan meminta maaf pasal kejadian
sebelum ini. Hisyam hanya senyum dan mengangguk sahaja tanpa bercakap sepatah
kata kepada Allisya. Selepas dari peperiksaan itu, Allisya hanya menghabiskan
masanya di rumah dengan menolong ayahnya di kedai runcit dan membaca buku- buku
Novel atau komik di rumah. Allisya seorang penggemar membaca terutama Novel.
Banyak koleksi- koleksi yang di kumpulnya seperti Damya Hanna , Fauziah Ashari,
Aisya Sofea dan sebagainya. Pada Petang itu, semasa Allisya sedang membaca buku novel “Setia Menanti”, tiba- tiba dia terdengar jeritan dari arah jendela
biliknya itu. Alangkah terkejutnya Allisya apabila melihat kejadian itu, mamanya
sedang mengangkat adiknya yang terkena kaca di kaki. Darah yang keluar di
kakinya itu tidak berhenti- henti. Mamanya terus membawa adiknya ke hospital
yang dipandu oleh Kakaknya itu. Allisya terpaksa menunggu di rumah kerana
terpaksa menjaga anak saudarnya itu. Kemalangan yang berlaku terhadap adiknya
itu sangat mengerikan. Azan Maghrib sudah berkumandang, tapi mamanya itu masih
belum pulang. Ayah sangat khuatir dan menyuruh Allisya
telefon kepada mamanya kerana hari sudah malam. Semasa Allisya ingin mencapai
telefon, tiba- tiba dia terdengar sebuah kereta yang ingin memasuki halaman
rumahnya itu. Rupa- rupanya mamanya sudah balik dari hospital dan keadaan
adiknya tidak teruk cuma di jahit
sebanyak limabelas jahitan kerana luka
itu terlalu dalam. “ Syukur semuanya selamat. Tidak parah dan teruk”, kata ayah
Allisya dengan tiba- tiba yang khuatir dengan keadaan adiknya itu.
Malam berganti malam dan siang
berganti siang. Masa terus cepat berlalu, akhirnya keputusan PMR sudah di
umumkan. Ramai pelajar- pelajar mendapat keputusan yang cemerlang. “ Allisya,
kau dapat berapa”, tegur kawannya Sabrina dari jauh. “ Eh Sabrina, jumpa juga
kau akhirnya. Aku dapat sikit saja”, Balas Allisya dengan nada sayu. “ Sikit
itu berapa bilang dong sama aku kita kongsi sih”, Balas Sabrina yang berlagak
cakap bahasa Indonesia itu. “ Aku dapat …”, sebelum Allisya ingin menghabiskan
ayatnya itu, Allisya melihat Hisyam lalu di hadapannya dan senyum. Apabila
Allisya ingin memebalas senyuman itu, “Allisya berapa kau dapat?, kau tengah
tengok siapa itu?’, tanya Sabrina yang turut juga melihat siapa yang sedang Allisya
lihat itu. “ Ha! Aku dapat 3A 3B 2c je”, balas Allisya sambil meminta diri
kerana ingin mengejar Hisyam tetapi ia sudah hilang dari pandangan Allisya. Pada
malam itu, walaupun Allisya mendapat
keputusan yang tidak cemerlang tetapi ia bersyukur kerana ianya lulus walau keputusannya
tidak membanggakan kedua ibu bapanya. Tetapi air matanya tetap berguguran apabila mamanya
menbandingkan dirinya dengan orang lain. Bagi Allisya, ia sudah berusaha tapi
hanya itu dia mampu. Walau bagaimanapun, dia mahu buktikan kepada ibu bapanya
walaupun dia bodoh, dia akan memegang segulung Ijazah suatu hari nanti.
Dunia manusia apabila besar tidak akan
pernah lari daripada masalah. Semakin dewasa semakin banyak masalah dunia dalam
hidup seseorang. Semasa di tingkatan 4, Allisya telah memilih untuk tinggal di
asrama. Di asmara segala peraturan telah disediakan oleh warden atau penyelia
asrama. Tapi yang malang, hari pertama masuk asrama pun bergaduh kerana
tersilap duduk di tempat orang lain. Allisya mengeluh kerana macam- macam ragam
orang sekarang tumpang duduk di atas katil pun kena marah. Takut nanti cadar
itu kotor atau berkedut. Hairan manusia sekarang. Tapi dalam keadaan begitu,
Allisya sangat seronok tinggal di
asrama, dapat juga berkenalan dengan budak dari kelas lain.
Petang itu, Allisya sedang termenung
dalam bilik ruang belajar sambil menunggu makan malam jam 6.30, tiba- tiba ada
seorang perempuan menegur Allisya. “Hai awak, duduk seorang ke? “, sapa perempuan
itu. “A’ah, seorang saja”, balas Allisya. Allisya mempelawa budak itu duduk.
Mereka memeperkenalkan diri masing- masing.
Budak itu memperkenalkan dirinya sebagai Najwa atau pangilan nickname
wawa. Budak aliran Sains kejuteraan. Kami hanya berbual- bual kosong sambil-
sambil bercerita tentang kos aliran masing- masing. Namun tidak menyangka, Allisya
dapat mengenali ramai kawan, terutama sebaya dengannya. Semakin lama mereka
kenal semakin rapat walaupun mereka berlainanan kelas.
Pada malam itu, jam sudah menunjukkan
pukul 10 malam, semua penghuni asrama sibuk menyusun jadual dan mengemas
kelengkapan ke sekolah esok. Dalam kesibukan persediaan ke sekolah, tiba- tiba
kami yang tinggal di tinggal bawah terkejut apabila mendengar satu laungan yang
datang dari tingkat atas. Kami yang tinggal di tingkat bawah ini bergegas
berlari naik keatas kerana ingin mengetahui apa yang berlaku. Alangkah terkejutnya seorang budak perempuan
mengamuk sakan sambil memakan tuala wanita. kami yang melihat sungguh menjijikan dan menakutkan. Beberapa budak telah memanggil
warden dan ustaz untuk mengawal keadaan ini. Kami hanya tengok budak itu tanpa
berbuat apa- apa kerana takut. Keadaan budak sungguh parah dengan cara
perbuatannya dan matanya kedua- dua kelihatan merah. Apabila warden dan ustaz
tiba, ustaz mengarahkan seorang pelajar untuk mengambil segelas air dan membaca
ayat- ayat suci di dalam air itu lalu ustaz telah merinjiskan air ke muka perempuan itu.
Apabila perempuan itu dalam keadaan tenang, ustaz lalu menyuapkan air tersebut
kepada perempuan itu. Apabila kembali tenang, Ustaz mengarahkan kami ke katil
masing- masing dan tidur.
Pagi itu, semasa Allisya ingin
ke kelas dia terserempak dengan Hisyam.
Hatinya sungguh gemuruh dan berdebar apabila melihat Hisyam. “hai Sya,
kau dapat kelas aliran apa?”, sapa Hisyam.” Ee.. s… sas.. sastera, kau
p..puu..la??”, kata Allisya dengan tiba- tiba perasaanya gementar. “Aku kelas
seni halus. Sya oklah aku bergegas nak pergi jumpa guru kelas nanti ada masa
kita sembang lagi”, kata Hisyam sambil berlalu pergi. Allisya hanyalah
mengangkat isyarat tangan dan berjalan menuju ke kelas.
Malam demi malam, masa berjalan dengan pantas.
Allisya sudah menjangkau ke alam peperiksaan SPM. Allisya berjanji akan terus
belajar dan akan berusaha untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Setiap
petang Allisya tidak akan ketinggalan untuk ke kelas tambahan. Semasa pulang, Allisya terserempak dengan
Hisyam dan apabila Allisya berpaling dan ingin menegur Hisyam, kelihatan Hisyam sudah hilang dari
pandangannya. Allisya hanya senyum kecewa dan meneruskan perjalanannya ke
asrama kerana mahu mengemas barang untuk pulang ke rumah. Allisya menunggu kakaknya datang mengambilnya di hadapan
pintu asrama. Sampainya Allisya di rumah, dia terus ke biliknya untuk mandi dan
solat. Alangkah gembiranya Allisya dapat balik ke rumah setelah berada di
asrama selama dua minggu. Pada malam itu, Allisya hanya termenung di meja
belajarnya. Tiba- tiba Allisya terkejut mendengar suara mamanya “Allisya, dah
makan ke belum?”, tanya mamanya. “Belum lagi mama, lagipun Allisya tidak lapar
pun”, jawab Allisya. ” Hah baguslah ! nanti jangan lupa belajar, jangan dok
termenung macam ikan busuk tu “, sambung Puan Rasiqah sebelum beredar pergi ke
meja makan. Allisya hanya mengangkat tangan tanda ok kepada mamanya. Tetapi
apabila mamanya tidak lagi kelihatan di hadapan matanya, dia terus menutup
pintu bilik dan lampu bilik terus tidur tanpa menghiraukan kata- kata mamanya
itu. Semasa ingin melelapkan matanya, dengan tiba- tiba dia teringat kepada
Hisyam. “Adakah aku sudah jatuh cinta”, kata Allisya sendirian dan matanya
terus terpejam.
Selepas selesai solat subuh
berjemaah, Allisya berniat ingin kembali tidurnya tetapi niatnya terbatal
apabila mamanya menyuruh Allisya menyimpan rumah. Niat hati Allisya ingin
membantah tetapi apakan daya, syurga di bawah tapak kaki ibunya. Allisya
membuat segala kerja rumah pada hari itu. “Perghhh, letih gila buat semua kerja-
kerja rumah ini “, rintih hati kecil Allisya. Selepas selesai semuanya, Allisya
terpaksa menemani kakaknya untuk memebeli barang di supermarket. Semasa dalam
supermarket, tiba- tiba berlaku satu kekecohan dalam supermarket. Ramai orang
berkumpul ke tempat kejadian kerana ingin melihat apa berlaku. Rupa- rupanya,
seorang budak telah mencuri makanan kerana kelaparan dan ditahan oleh pekerja
mereka. Budak itu kelihatan sangat kesian dan tiba- tiba seorang pak cik menolong untuk membayar
makanan yang diambil oleh budak itu. Kejadian itu telah menjadi pengajaran kepada mereka yang menonton. Tapi
menjadi tanda tanya , “kemanakah ibu bapa budak itu pergi sehingga anaknya
dibiarkan begini ?.”,
“Mama, pagi esok Allisya mahu keluar dengan kawan sebelum pergi asrama,
boleh tak mama? ,” Tanya Allisya meminta kebenaran dengan mamanya untuk keluar
berjumpa dengan kawannya untuk membuat kerja sekolah. “Tak payah nak mengedik
nak keluar pagi- pagi, kalau nak siap kan kerja sekoloh, malam ni pun boleh
lagipun kan petang ni dah nak pergi asrama kan”, balasnya Puan Rasiqah
berpanjang jelar jawapan. “Ya mama”, balas Allisya dengan perasaan kecewa.
Allisya terus masuk ke biliknya dengan perasaan kecewanya itu. “Ish, tak
sporting la mama aku ni, nak keluar dengan kawan pun susah lagi pun kawan tu perempuan, bukan lelaki,
hairan la orang tua ni apa yang dirisaukan sangat,” bebel Allisya sendirian di
dalam biliknya. Sampainya Allisya di asrama pada petang itu, di terus naik ke
katilnya tidur tanpa mengemas atau menyiapkan kerja rumahnya itu kerana hatinya
masih marah dengan mamanya yang tidak memberi kebenaran untuk keluar pagi itu. Namun,
nasib Allisya beruntung kerana pagi itu gurunya itu tidak memeriksa kerja rumah
yang di suruh semasa cuti sekolah.
“Weh Allisya, kau apahal yang sibuk tentang aku, kau cakap dekat semua
orang yang aku sudah sundal,” kata seorang budak perempuan yang tiba- tiba serang
Allisya di dalam kelas. “siapa kau, aku tak kenal lah kau, pasal apa lak aku
nak cakap pasal kau”, kata Allisya dalam kebingungan. “kurang ajar punya
perempuan”, kata perempuan itu sambil menyimbah air keatas muka Allisya. “woi! apa
hal ini”, kata Allisya dalam kemarahan. “Padan muka kau! Lain kali jangan dok
jaga tepi kain orang, faham! kau tu sundal. Dasar perempuan murahan“, kata
perempuan itu sambil berlalu pergi tetapi di halang oleh seorang lelaki iaitu
Hisham.” Kau pergi minta maaf sekarang”, kata Hisham dengan marah. Budak
perempuan itu hanya diam menyebabkan Hisham semakin marah .
Demi mengelakkan berlakunya kes besar, Hisyam terus mengheret tangan Allisya
keluar balik ke asrama untuk mencucikan mukanya itu . Allisya tidak berkata
apa- apa, dia hanya menangis dan terkejut dengan perkara yang berlaku padanya
hari ini. Dia tidak mengetahui siapalah yang membuat fitnah sebegini. “Sabarlah
sya, jangan nangis”, kata Hisyam sambil menepuk bahu Allisya.
Beberapa sahaja lagi hari peperiksaan SPM hampir tiba, ianya membuat
Allisya semakin berdebar. Setiap hari, Allisya akan berusaha untuk belajar
supaya dapat melepasi target SPM. Jika kalau tidak dapat masuk ke Universiti,
ke tingkatan Enam pun sudah memadai bagi Allisya. Selepas solat maghrib berjemaah di surau,
Allisya akan mengulangkaji pelajaran untuk peperiksaan SPM itu nanti. Semasa
Allisya belajar di ruang dewan, tiba- tiba ada kawannya yang bernama Arina
menegur Allisya. “ Wah rajinnya minah ini, setiap malam belajar, dapat ke
target ke universiti,” katanya Arina yang menyakitkan hati Allisya. Allisya
tidak berkata apa- apa dan hanya jelir kerana tidak mahu mencari pasal dengan
budak perempuan itu. “ Sombongnya kau minah.” Katanya Arina lagi sambil berlalu
pergi. Allisya hanya senyum tanpa
menoleh sedikit pun wajahnya kepada Arina.
Hari demi hari Allisya mengulangkaji untuk menempuhi alam peperiksaan
nanti. Dia sangat berharap agar dapat menjejaki ke alam Universiti. Pada hari terakhir peperiksaan, kejadiaan
tidak dijangkaukan berlakunya kejadian aneh di hadapan sekolah. Orang ramai
menuju kearah kejadian tersebut. Kami yang berada didalam dewan peperiksaan
tidak dibenarkan keluar dan hanya beberapa orang pengawas kelihatan bergegas ke
arah sana. Kejadian tersebut kelihatan seorang budak perempuan yang ingin
membunuh diri di atas bangunan tinggi yang berada dihadapan sekolah Allisya. Ramai
penyelamat- penyelamat datang untuk mengawal keadaan dan bahkan keadaan pada
pagi itu sangat sesak kerana kejadian pagi itu. Dalam usaha penyelamat, akhirnya
budak itu dapat diselamatkan dari terjun bagunan tersebut. Kejadian ini telah
dihebohkan dalam televisyen dan satu negeri kecoh kerana peristiwa budak
perempuan ingin membunuh diri kerana masalah ibu bapa. Kejadian ini telah
menjadi iktibar kepada masyarakat di luar sana.
Masa terus berjalan dan kehidupan Allisya sudah menjangkau alam dewasa.
Dari alam persekolahan hingga ke alam universiti. Bahkan Allisya tidak
menyangka dengan keputusannya yang tidak beberapa begitu memuaskan dapat juga
dia sambung ijazah Perniagaan dan Keusahawaan Pelancongan di Universiti
Malaysia Kelantan. Ini dikatakan adalah rezeki daripada Allah. Walaupun dia
dapat di UMK, dia bersyukur kerana tidak berapa jauh dari Keluarganya. Kadang-
kadang di hujung minggu jika ada masa terluang, dia akan pulang kerumah untuk
menjenguk suami dan anaknya di Pahang.Tapi Allisya bersyukur kerana dapat
menguruskan belajarnya dengan baik walaupun dia sudah berumahtangga. Itulah
dikatakan jodoh, rezeki dan maut adalah di tangan tuhan. Dalam diam dia
termenung petang itu, teringat pula Allisya dekat sahabat baiknya Sabrina yang
sekarang sudah bekerja sebagai Jururawat. Kawan- Kawannya yang lain pula banyak
sudah ada kejayaan masing- masing.
Mama!!! mama !!... Allisya terdengar suara budak yang memanggilnya. “Alwin
??? “, panggil Allisya dalam kebingungan. “Datang dengan siapa ini? mana papa?’,
sambung Allisya lagi. Alwin hanya menunjukkan jarinya yang kecil kearah Hisyam.
Allisya hanya tersenyum melihat suaminya itu. “Happy Birthday mama!!”, jerit Hisyam kepada Allisya. Allisya kelihatan binggung sambil melihat
tarikh di telefonnya itu. “Ya Allah, terima kasih sayang dari jauh sayang
sanggup datang ke Kelantan untuk menyambut hari jadi Allisya”, katanya Allisya
sambil menyambut tangan suaminya untuk bersalam. ”Sama- sama sayang. Tak apa
lah demi cinta dan sayang papa kepada mama”, kata Hisyam sambil mencium dahi
Allisya. Mereka bersama- sama berjalan
menuju kearah sebuah meja. Allisya merasakan bertuah kerana memiliki suami dan
anak yang menyayanginya. Allisya juga
tidak menyangka, orang yang selalu bergaduh dan menolongnya dulu sudah menjadi
suaminya sekarang. ”Aku berharap kejayaan dan kebahagiaan yang aku ada
sekarang, semoga ia berkekalan sehingga ke akhir hayat”, detik hati Allisya
sambil tersenyum melihat suami dan anaknya itu.
TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan