Selasa, 31 Mei 2016

Khasiat Makanan Sunnah



Jom Amalkan Pemakanan Sunnah 

Gambar Hiasan


Kurma

Kurma mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi, berkhasiat dan bernilai dalam dunia perubatan tradisional. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap oleh tubuh adalah serta-merta. Kurma juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C, dan juga niasin. Lazimnya kurma dimakan semasa bulan Ramahan. Jus kurma berkesan mengatasi masalah sembelit. Walaubagaimanapun, minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetis, kerana ia boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.

Kurma
Delima

Buah delima merupakan salah satu buah-buahan yang berasal dari negeri timur tengah. Ia ditanam pada tanah gembur namun tidak banyak air. Buahnya memiliki tiga jenis, iaitu putih, merah dan hijau. Khasiat delima sering digunakan untuk salad pada makanan diet atau dijadikan sirup. Buah delima juga mempunyai khasiat yang melimpah kerana kandungan zat baik di dalamnya. Kandungan nutrisi juga mampu diberikan oleh buah delima, memberikan kesan positif bagi kesihatan tubuh. Beberapa manfaat delima itu, diantaranya:

Mengatasi Gangguan Perut
Kupas buah delima dan gunakan untuk menenangkan gangguan lambung yang disebabkan oleh setiap jenis masalah pencernaan. Minum teh yang dibuat dari daun buah delima juga membantu dalam menyembuhkan masalah pencernaan. 

Anti Penuaan
Diet jus delima dapat membantu memperlambat proses penuaan yang akan mengurangi kedut dan garis-garis halus yang disebabkan oleh sinaran matahari. Hal ini juga akan membantu mempertahankan regenerasi sel-sel kulit dan mencegah pigmentasi berlebihan dan terjadinya bintik-bintik gelap.

Membantu Menyembuhkan Luka
Delima membantu dalam regenerasi sel-sel kulit di lapisan kulit epidermis dan dermis. Jus delima memiliki kemampuan untuk mempercepat proses penyembuhan luka. Bahkan minyak biji delima yang sarat dengan nutrisi, ramah akan kulit yang bermanfaat bagi penguatan dan regenerasi epidermis. Hal ini juga melindungi kulit dari sinaran matahari dan menyembuhkan kerosakan yang disebabkan pada kulit akibat sinaran matahari secara langsung.

Buah Delima

Buah Ara/Tin     

Buah tin atau disebut juga sebagai buah ara termasuk salah satu buah yang sangat popular di seluruh dunia dengan manfaat dan khasiatnya. Buah tin adalah buah bermusim yang banyak dijumpai di Asia barat. Manfaat kesihatan dari buah tin berasal dari kandungan mineral, vitamin dan seratnya yang tinggi. Nutrisi bermanfaat yang terkandung dalam buah ara termasuk vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosfor, mangan, natrium, kalium dan klorin. Namun manfaat terbesar dari buah tin adalah dari banyaknya kandungan serat dan kalium. 

Antara khasiat buah ara adalah;

  • 40 gram buah ara kering (dua biji buah ara yang sederhana saiznya) boleh meningkatkan keupayaan bahan antioksida.
  • Buah Ara juga mengandungi kandungan serat yang terbanyak, berbanding buah-buahan yang lain, baik kering mahupun segar.
 
Buah Tin/Ara

Madu 

Manfaat madu memang begitu banyak dan tentu tidak diragukan lagi. Madu digunakan untuk kecantikan dan juga kesihatan. Madu mengandungi banyak kandungan yang sangat bermanfaat seperti serat, vitamin b6, air, niacin, protein, karbohidrat, zinc, fosfor dan lain-lain. Madu berguna menjadi antioksidan yang sangat kuat. Kandungan antioksidan yang tinggi pada madu membuat tubuh kita menjadi lebih sihat, terhindar dari pelbagai penyakit dan menjadi lebih muda. Disamping itu, madu juga membuat tubuh kita terhindar dari kolesterol yang tinggi. Manfaat madu bagi kesihatan digunakan untuk menurunkan glukosa dan juga menurunkan kolesterol darah. Madu mengandungi aneka zat makanan seperti karbohidrat, protein, asid amino, vitamin, mineral, dekstrin, pigmen tumbuhan, komponen aromatik dan antibiotik.

 
Madu




Habbatus Sauda


Habbatus sauda atau dikenali sebagai Nigella Sativa merupakan bahan yang biasa digunakan dalam masakan India dan Timur Tengah. Habbatus Sauda juga dikenali sebagai biji bawang, biji bunga Adas, jintan hitam, ketumbar Rom dan Kalonji. Habbatus Sauda mempunyai rasa pedas dan sedikit pahit  serta aroma seperti oregano. Disamping itu, habbatus sauda didapati memgandungi analgesic bahan anti kulat, antispasmodik, antioksidan, anti-bakteria, anti radang, bahan yang mampu mengeluarkan udara yang berlebihan seperti halia, anti-ulser, anti hipertensi dan harta antikholinergik. Antara khasiat habbatus sauda ialah; 

  • Menormalkan kadar kolesterol dalam darah
  • Mengatasi gangguan kulit (ekzema, jerawat, flek dan luka kulit)
  • Merawat epilepsi dan kejang
  • Memacu pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran
  • Mengubati gangguan pencernaan (sakit ulu hati) dan cirit-birit
  • Anti sakit (analgesia)
  • Merawat sakit kepala (migrain)
  • menyembuhkan anemia
  • Merawat dan mengeringkan luka-luka yang terbuka
  • Menormalkan aktiviti otot-otot jantung
 
Biji jintan hitam/ Habbatus Sauda

Minyak Zaitun

Minyak zaitun yang diekstrak daripada buah zaitun boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai “monounansaturated” yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Tingginya jumlah zat besi yang ada di dalam buah zaitun akan meningkatkan pengeluaran sel darah merah di dalam tubuh anda. Selain itu buah zaitun akan mengikat oksigen di dalam darah anda sehingga membuat anda lebih sihat.

Minyak Zaitun

Air Zam-Zam

Air zam zam merupakan air yang diambil dari sumur zam zam yang ada di tanah suci Mekah. Keistimewaan air zam zam ditemukan pula dalam hadis nabi yang mengatakan bahwa air zam zam merupakan air yang memiliki khasiat untuk menyembuhkan segala penyakit. Selain itu, jika orang berdoa sebelum meminumnya untuk kesembuhan, maka InsyaAllah doanya akan terkabul. Secara ilmiah, dijelaskan bahawa air zam zam mengandungi zat yang sangat penting untuk menyembuhkan penyakit iaitu zat fluorida. Zat ini  juga disebut sebagai zat anti kuman.

Air Zam-Zam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan