Siapa Yakjuj Makjuj?
![]() |
Rupa yakjuj makjuj (gambar hiasan) |
Kita sekarang berada di abad yang
bermacam-macam variasi, adakalanya orang namakan dengan abad muthakhir/ abad
terakhir. Akan tetapi apabila dikaji dalam al-quran dan hadis rasulullah S.A.W
zaman ini adalah zaman permulaan atau tanda kiamat besar. Cuba perhatikan
balik, sekarang banyak kejadian alam berlaku seperti gerhana, gempa bumi,
pencemaran udara, keangkuhan manusia, manusia kejam, manusia zalim dan manusia
rakus, semua itu disebabkan oleh kesesakan hati yang telah tergambar jelas dalam
bermacam tragedi. Daripada tanda-tanda masyar tersebut atau tanda kiamat
apabila kedatangan dua bangsa penghancur binasa muka bumi iaitu yakjuj makjuj.
Sebelum berlakunya kiamat, yakjuj makjuj akan turun di sebelah utara dunia.
Mereka melakukan kerosakkan dan penindasan di atas muka bumi. Mereka akan
bermaharaja lela membunuh, menindas, mengahancurkan sekali gus merebut
kekuasaan di atas muka bumi. Orang-orang Islam dan beriman pada waktu itu akan
mengundurkan diri untuk sementara waktu tapi akhirnya kemenangan akan berpihak
kepada orang Islam manakala Yakjuj Makjuj dihancurkan Allah dengan mendatangkan
taufan dasyat, hujan api, air batu serta penyakit yang mudah berjangkit untuk
meragut nyawa mereka. Kononnya Yakjuj Makjuj ini suatu makhluk badan besar, usia
panjang, mempunyai wajah yang bermacam-macam, ada telinga besar badan pendek.
Makanan mereka pula terdiri daripada rumput-rumput, bangkai, pohon kayu,
binatang dan sebagainya. Yakjuj Makjuj ini boleh dikatakan sebagai makhluk
bengis dan sangat mengerikan.
![]() |
Keratan Artikel Mengenai Yakjuj Makjuj |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan