PUISI: BISIKAN ALAM LAUT
Manusia,
Hati ini,
Jiwa ini;
Perasaan ini,
Sepi terhadap sifatmu.
Manusia,
Walaupun aku ciptaan yang
tidak bernyawa,
Aku masih mempunyai
perasaan;
Didadaku kau mencari
rezeki jasad,
Didadaku kau mengotori
dengan gelagat mu manusia.
Manusia,
Apakah ini balasan mu,
Mencemari tubuhku
dengan sisa-sisa pencemaran;
Membunuh segala ciptaan
hidup yang menumpang di jasadku,
Bangkitlah manusia sedarlah.
Manusia,
Inilah nyawaku terakhir,
Aku dicemari dan tidak
lagi dikunjungi,
Aku terus dibiarkan,
Dibiarkan tanpa dipandang
oleh Manusia lain.
Manusia,
Hargailah aku,
Jagalah aku;
Janganlah biarkan aku
dicemari,
Kerana aku akan berkekalan
dan berbakti sampai ke cucu cicitmu.
Manusia,
Inilah nafkah diriku,
Supaya aku tidak menjadi
seperti sahabatku yang lain;
Peliharalah aku,
Kerana aku ingin terus berbakti kepadamu manusia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan